Thursday, October 1, 2009

Page Filler



Boy, ialah seorang juruteknik instrumen. Umurnya baru mencecah 24 tahun. Boy bertubuh agak berisi, namun tidaklah layak dikategorikan sebagai gemuk. Perut Boy boroi. 

Boy selalu datang duduk disebelah aku ketika aku sedang menjaga panel. Kadang-kadang Boy mahu bertanya perihal kerja, berbincang urusan kerja, mendapatkan permit untuk memulakan kerja ataupun berbual soal orang-orang muda. Kadang-kadang Boy hanya datang duduk disebelah aku tanpa berkata apa-apa. Kami hanya memerhatikan skrin DCS dan memantau segala proses loji yang sedang berlaku. Apabila Boy mendapat idea cara untuk menyelesaikan masalah instrumentasi loji barulah Boy akan bersuara.

Kadang-kadang aku bosan menunggu Boy berfikir terlalu lama. Lalu aku isi masa lapang dengan mencucuk perut Boy dengan hujung ariel walkie-talkie. Aku kagum dengan kemampuan Boy untuk memiliki perut seboroi itu dalam usia yang masih muda.

Boy selalunya pasrah sahaja pada perlakuan aku terhadap perutnya sambil mengkaji data-data yang muncul pada skrin DCS. 

Lama lama Boy rasa maruahnya tercabar juga lalu Boy berkata "aku kira sampai tiga kalau kau tak berhenti..." 

Selalunya aku tidak mengendahkan rayuan Boy dan berakhir dengan leher aku dipeluk kasar Boy seperti beruang.
 

7 comments:

terrarosa said...

yang tukang cucuk perut tu, perangai buleh mengalah budak 4 tahun :P

Nbl Fzr said...

ha3.
rr..

StingRay said...

tak terus sambung ke katil?..



ha ha ha

Youjie said...

Boy comel!

sEmut said...

perut lu pun apa kurangnya tam.. haha

stam said...

weh perut Boy ni lain macam wei, series mengagumkan,

Jorji said...

apa guna dua skrin besar kalau takleh bukak fesbuk