Tuesday, June 30, 2009

Home Improvement 27

Suatu hari, Si Lelaki datang ke pejabat dengan penampilan yang tidak keruan. Matanya kepenatan, kumisnya tidak terurusan. Lalu Bos Si Lelaki membuat komentari:

You’re a mess”.

Belum sempat Si Lelaki membela diri Bos Si Lelaki bertanya:

Problem at home?

Terlalu obvious sangatkah? Si Lelaki kehairanan. Menyedari dirinya kantoi, alasan kucingnya mati sebentar tadi tiba-tiba seperti sudah tidak relevan lagi.

Sit down son” Tiba-tiba sahaja Bos Si Lelaki bertukar tona menjadi seorang majikan yang prihatin.

“Awak tahu tak beza antara ‘trainwreck’ dengan ‘shipwreck’?” Bos Si Lelaki bertanya lagi.

“Err tiada beza?” Jawab Si Lelaki.

“Salah. Banyak bezanya. Awak, is a trainwreck.” Balas Bos Si Lelaki. Si Lelaki sedikit tersindir dengan remark tersebut, tapi mungkin memang ada kebenarannya.

“Dan saya, is a shipwreck” Bos Si Lelaki menambah lagi.

“Eh?” Si Lelaki kehairanan. “Kenapa pula?”

“keretapi bergerak atas landasan. Jalannya sudah pasti dan sudah ditentukan. Laju, cepat atau perlahan, tetap sampai ke destinasinya. Eventually akan ada kemalangan, mungkin terlalu laju, mungkin terlebih beban, atau di landasan ada rintangan, atau takdir tuhan, yang mendatangkan bencana, bertembung dengan keretapi dari arah bertentangan. Mungkin kemalangannya dahsyat, mungkin banyak kerosakan, mungkin parah.”

Bos Si Lelaki berhenti seketika, mengambil nafas.

but you know what? Helps would come as soon as it happens. Landasan akan dibaiki, gerabak akan dibaiki, and if the engines beyond repair, it would be replaced. It would not be left there terkubur and rotten. Perjalanan yang tergendala tetap akan diteruskan.”

Bos Si Lelaki berhenti lagi seketika, untuk melonggarkan tali lehernya.

“Kapal di lautan on the other hand, is at the mercy of nature, of god. Tidak boleh dijangka bencana dan dugaan apa yang bakal melanda. Lautan terbentang luas, jika tidak pandai mencari arah akan hanyut dan sesat. Dan jika kemalangan, akan karam atau terdampar dimana-mana. Left there untuk terkubur, jauh didasar lautan, the loneliest place on earth

Bos Si Lelaki berhenti untuk kali ketiga, kali ini dia mengusap cincin di jari manisnya, sebelum menyambung:

ever since my wife died… I’ve been drifting.. and was this close of becoming a shipwreck yang terkubur didasar lautan yang paling dalam dan gelap. God knows bertapa susahnya saya mencari arah untuk kembali ke daratan, kembali ke landasan. So sonny, awak fahamkan maksud saya? Perkahwinan yang awak bina masih terlalu baru, you got a long rails up ahead to cover. So fix whatever is needed untuk teruskan perjalanan, sebelum semuanya terlambat dan sampai ke penghujung landasan, sampai ke lautan.”

Take the day off son, think about it” Bos Si Lelaki menepuk bahu Si Lelaki lalu bangun meninggalkan Si Lelaki termenung.

Monday, June 29, 2009

Home Improvement 26

Tangan-tangan yang masih kecil, ditekap pada cermin. Di luarnya ialah permandangan sebuah dunia magikal yang dipenuhi pohon-pohon tinggi sepanjang jalan, dan dicelah-celah himpunan dahan dan daun pohon itu ada cahaya yang datang dari sebuah istana yang dibina dari kaca dan ais-krim vanila (?), dan set lego(?), dan playdoh (?). Didalam istana itu ada naga, ada kesatria, ada voltron (?), ada thundercats (?) serta koboi (?) hidup bersama-sama.

Suara ayahnya akan memberitahu mereka akan menuju kesebuah tempat rahsia, tempat dimana semua hero-hero dan kesatria itu akan berada, tempat rahsia disebalik pohon-pohon tinggi disepanjang jalan.

Kemudian suara ibunya akan menyampuk. "Oh stop corrupting his mind, sayang. Kita akan ke pantai."

Lagu-lagu Stone Roses akan mengiringi perjalanan mereka, bersama pohon-pohon tinggi, istana magikal, pantai memutih, memori indah bersama ibu dan ayahnya. Didalam kereta yang usianya lebih tua dari dirinya, yang telah bersamanya seumur hidup Si Lelaki. 

Ayahnya tentu berbangga kerana legasi itu hampir berjaya disambung. Biarpun lagu-lagu zamannya telah ditukar ganti kepada irama The Postal Service dan Death Cab For Cutie. Kereta tua yang banyak berjasa, masih menjadi sebahagian memori indah anaknya, Si Lelaki. 

Bila Si Dia menurunkan cermin tingkap seluasnya, kedua tangannya akan disilangkan pada bibir tingkap, menahan dagunya, menghirup udara petang, melihat barisan pohon-pohon tinggi yang sama sepanjang jalan. Membiarkan rambutnya yang panjang mengurai bebas ditiup angin.
 
Menuju ke pantai, yang kini Si Lelaki dan Si Dia panggilnya 'ke arah matahari dan lautan bertemu'. Kerana belum ada generasi ketiga yang boleh dianak-anakkan fikirannya. 

Atau jika dia diberi kesempatan untuk ditakdirkan wujud membuka mata melihat dunia, melihat apa yang dilihat mereka berdua.

Wednesday, June 24, 2009

Home Improvement 25

Sambil melihat sekumpulan kanak-kanak bermain di taman permainan, rokok ditangan masing-masing, kaki mereka di atas kerusi dan duduk di atas palang penyandar. Seperti dua orang lelaki dewasa yang masih tidak faham bagaimana kerusi taman itu seharusnya digunakan. Si Lelaki mendengar keluhan perasaan teman baik nya tentang masalah perhubungan. Ironi sekali fikir si Lelaki, bila dirinya dianggap kawan paling sesuai untuk memberi nasihat tentang masalah perhubungan. 

"Seperti tragedi Troilus and Cressida sekali lagi, versi moden. Hidup itu sendiri seperti perang Trojan, penuh helah, penipuan dan gila kuasa, untuk dasar paling bodoh” Teman baik Si Lelaki merepek.

You read too much Shakespeare dude” Si Lelaki menyampuk.


Tuesday, June 16, 2009

Home Improvement 24

Si Dia meminta maaf dan minta diulangi lagi pertanyaan tadi kerana fikirannya melayang ke tempat dan waktu yang lain. Lalu dengan sabar dan memahami, rakan-rakan kelab bukunya, yang kadang-kadang dirasakan seperti sebuah grup terapi untuk wanita-wanita sepi, bertanya sekali lagi.  
 
"Apa pendapat awak, tentang pilihan Rumi untuk kembali kepada Arjuna walaupun setelah dia tahu perasaan Juli padanya?" Tanya salah seorang dari mereka, ketua kelab yang suka novel cinta remaja.

Si Dia termenung, terasa seperti ingin mati. Novel ditangannya itu hanya separuh sahaja baru dibaca. Si Dia berhenti separuh jalan kemudian terus kepada sinopsis di kulit belakang. Sepertinya yang selalu-selalu dilakukan oleh Si Dia, pada setiap pilihan buku dari majoriti ahli kelab. 

Tiada baris ayat dan perenggan terlintas difikiran, ataupun bila masa watak bernama Arjuna itu muncul dalam bab-bab terawal.

"... kenapa perlu persoalkan naluri lelaki, walaupun mereka jarang menilai sesuatu berdasarkan hati dan emosi. Jika mereka pulang ke rumah berwajah lesu, mereka akan menjawab semuanya ok di pejabat. Bila telefon mereka berbunyi, mereka tidak menjawabnya dihadapan kamu. Bila didesak dan terperangkap, mereka tidak pernah mengadu. Bila ditanya kenapa tersenyum memandang kamu, mereka tidak pernah beritahu. Bila tiba-tiba dia sediakan sarapan kamu, hanya khas untuk kamu, kemudian enggan makan bersama, kerana mahu sibuk membelek enjin kereta kesayangannya, jangan soal apa maknanya. Bila bersama dimalam sebelumnya, dan kamu terbangun berseorangan diatas katil bersama sekeping nota cinta, jangan tanya mereka apa tujuannya. Kerana semua soalan itu ibarat retorikal"

Semua ahli kelab senyap, mereka pandang sesama sendiri. Terpacar diwajah mereka sinar kekeliruan. 

Those sorry, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, boring lot.

Si Dia mengeluh
    

Wednesday, June 10, 2009

Home Improvement 23

Tiang lampu dan telefon silih berganti. Sinar mentari menyilaukan mata. Bumper to bumper. Merah kuning merah kuning dan merah lagi, hijau jarang sekali. Suara-suara jelek berbau kopi. Manusia-manusia angkuh bertali leher yang setiap kali dalam bayangan, mahu dipatahkan saja lehernya dan mencerut tali kebanggaan itu lebih ketat lagi. 

Tapi Kekasih,

Disinilah tempatnya hari-hari aku melarikan diri.

Monday, June 8, 2009

Home Improvement 22

Si Lelaki tidak tahu, ketika malam yang paling pekat, bagaimana Si Dia terbangun ditengah malam, lalu duduk termenung memerhatikannya tidur. Tidur yang paling dalam, tidur tanpa dihiasi mimpi, hingga mungkin roh ikut tidur sekali. 

Untuk Si Dia cuba memahami, keletihan seorang lelaki yang penat menjaga hati, yang penat makan hati, yang penat memujuk dan merayu, yang penat memberi dan melindungi, yang penat memahami dan mengagumi, yang penat menyeksa diri, yang penat menyayangi dan menyintai.

Si dia akan periksa, setiap kerutan di dahinya, periksa kehijauan setiap urat saraf yang timbul kerana segala tekanan itu, periksa setiap parut bekas luka, periksa kumis-kumis keresahan, periksa kelesuan setiap hela nafasnya. Si Dia akan tekapkan telinga pada belakang badannya, mendengar setiap degupan jantung, merasai kehangatan tubuh yang terpaksa menanggung semua bebanan itu.  

Kemudian Si Dia bandingkan, dengan dirinya sendiri. 

Saturday, June 6, 2009

Home Improvement 21

Si Lelaki, seperti yang dikenali olehnya, is not a telephone person.

"Telephone is deceiving" kata Si Lelaki.

"Orang boleh kelihatan conceivable disebalik talian, making you believe everything they said, what they do, what they feel at the moment. It's a quick getaway. A safe escape. It's how you get connected without really being 'connected'. It's how you get intimate without being close". Alasan Si Lelaki. Alasan yang masuk akal walaupun kedengaran pelik. Si Dia memahami itu, malah Si Dia mengagumi pendirian Si Lelaki.

Kerana atas sebab pendirian itu, Si Lelaki sanggup merantau ratusan batu semata-mata untuk melihat sinar di mata mereka berdua yang saling bertentangan, saling bersentuhan, apabila dia akhirnya mengucapkan 

ungkapan Magikal Itu.

******

Oleh itu kini apabila tertera teks pesanan ringkas "Sorry" dari Si Lelaki ditelefon bimbitnya. Walaupun jarak mereka hanya terpisah oleh dinding dan pintu,

Si Dia tidak tahu sama ada mahu berlembut hati, atau menjerit sekuat hati dalam telekupan bantal dan membaling telefon bimbitnya ke lantai.     

Thursday, June 4, 2009

Home Improvement 20

Mereka tidak alim tidaklah jahil juga, untuk mengetahui Tuhan tidak pernah bergurau, Dia hanya menduga. Supaya hati tenang jiwa sabar tidak menyalahkan takdir bila diuji dengan terbangun lewat untuk ke tempat kerja.

Ataupun terkunci dan terkurung bersama diantara pintu hadapan rumah dan pintu gril, sedangkan malam tadi masih tidur berasingan dan bermasam muka berpanjangan.

Kerana Tuhan tidak pernah bergurau, Dia hanya menduga. Biarpun mereka buat-buat tak tahu hikmah disebaliknya. Tidak juga menyalahkan takdir. Sendiri padan muka. 

Wednesday, June 3, 2009

Home Improvement 19

"I don't know where to begin" sayangku, is a big words. It's a risky words. Ia hanya ada dua makna. 

Permulaan dan pengakhiran.

Tidak kira, how adventurous we are. Untuk memulakan apa yang kita tidak pasti dimana seharusnya kita bermula, memerlukan segala kekuatan dan keberanian kita.

Untuk kita redah segalanya tanpa petunjuk dan arah, kerana selepas ini tiada jalan untuk kembali berpatah. 

"I don't know where to begin" sayangku, is an honest statement. It's a confession. Untuk sebuah permulaan dan pengakhiran.

Tidak kira, how proud we are. Untuk membuka jalan dan segala pekung di dada, pada kebodohan dan kelemahan kita sendiri, untuk tidak lagi hilang arah.

So we don't know where to begin. Either we stop here, or be further lost. 

Tidak kira, how adventurous and proud we are.