Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru, B

Kali ini aku malas nak mencarut untuk ucapan tahun baru 2012, tidak seperti tahun 2011, 2009, dan 2008. Tahun 2010 takde entry, aku tak tahu kenapa, mungkin aku tengah emo. Okay now where the fuck should I begin.. ops, maafkan saya, sekarang dimana saya harus mulakan dulu ya hmm.

Setelah setahun lebih menjalani hidup sebagai seorang bachelor yang tidak lagi menyewa rumah beramai-ramai seperti pekerja asing, hidup aku seperti semakin terurus. Pun begitu perbelanjaan harian bulanan semakin bertambah. Segalanya tidak lagi dikongsi tetapi ditanggung sendirian. Jika aku mengemas rumah, ianya mungkin akan kekal kemas sehingga dua minggu, tidak seperti dahulu yang mungkin hanya mampu bertahan sehingga 12 jam. Memandangkan aku juga bukan perokok yang tegar masalah bekas abu rokok yang bersepah, melimpah dan tumpah tidak lagi berlaku. Masalah sofa berlubang terkena api rokok atau langsir ada kesan terbakar juga berjaya dibendung. Masalah pinggan mangkuk kotor bersepah dan ditumbuhi tumbuhan liar kerana sifat malas dan yang rajin pula rasa tidak adil menjadi tukang cuci tanpa bayaran juga tidak lagi timbul. Harta benda aku juga lebih lama jangka hayatnya kerana tidak selalu diusik oleh mereka yang tidak cermat dan tidak tahu menghormati barang yang dibeli hasil dari penat lelah orang lain. Tiada lagi masalah rakan serumah bawak balik kawan yang ntah sapa-sapa dan ntah apa-apa yang mengganggu privasi (ataupun yang panjang tangan).

Aku kira ini ialah perkembangan sihat. Mungkin juga latihan awal untuk menjalani kehidupan berkeluarga (yang macam lama lagi). Pengurusan rumah yang sihat dan bersih untuk perkembangan sihat minda anak (cewah). Selain untuk mempraktikkan kebebasan dan ekspresi individu seperti bebas untuk hanya berseluar dalam bergerak dalam rumah atau berbogel menonton televisyen, menonton rancangan apa yang aku mahu tanpa perlu mengikut kehendak orang lain dan majoriti, mandi sehingga dua jam didalam bilik air, dan menghias rumah bagi menggambarkan personaliti supaya apabila mungkin perempuan datang rumah dia sudah tahu taste dan karektor tanpa perlu bertanya, kerana sudah tentulah segala barang yang dirumah itu adalah milik aku. Maksud aku jika sudah berkeluarga pun jika belum mempunyai cahaya mata takpelah jika hendak berbogel bersama menonton televisyen pun err.. Dan juga jika berselisih fahampun boleh diselesaikan dibilik tidur ataupun dalam bentuk pemberian hadiah memandangkan sedang berkasih sayang. Jika bergaduh dengan housemate, celaka apa nak bagi bunga? Juga jika menuruti stereotype tanggungjawab dan peranan; isteri tugasnya memasak dan kemas rumah, jantan cari duit dan mesin rumput dan repair jamban dan sebagainya. Mutual respect dan MOU seumur hidup.

Tahun 2012, umur aku bakal mencecah 30. The Big Three 0. Kelab tiga kupang. Jika aku rasa sehingga mencecah umur ini pun aku masih belum buat apa yang aku mahu dan banggakan, Haruki Murakami pun hanya serius menulis selepas umur 30 tahun. Jika selama hampir sepuluh tahun dia terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa dan kepenatan untuk tumpu perhatian pada menulis, aku juga hampir enam tahun terlalu sibuk bekerja shift hingga tiada masa dan kepenatan untuk tumpu pada menulis.

Jika aku cuba mengikut takdir perjalanan hidup Murakami, dia menghentikan perniagaan bar miliknya yang sedang maju untuk menjadi penulis sepenuh masa, dalam keadaan masih dibelenggu hutang. Aku mungkin juga boleh membuat keputusan gila pada tahun ini untuk berhenti kerja yang menjanjikan potensi cerah, dalam keadaan masih dibelenggu hutang dan komitmen untuk menjadi penulis sepenuh masa. Tidak termasuk desakan dari mak suruh kawin (okay Murakami sudahpun berkahwin pada umur 22 tahun, dan isterinya boleh back-up).

Kebetulan, Murakami juga selepas menjadi penulis sepenuh masa, mula menaruh minat pada aktiviti dan sukan berlari serta marathon. Dia juga mengaku ketagihannya pada berlari, walaupun seperti menyeksa diri dengan berlari ratusan batu sebulan,walaupun bukan untuk bersaing, tetapi lebih kepada mencabar diri sendiri, mengajarnya tentang disiplin dan ketahanan diri yang secara tidak langsung membantunya menulis. Murakami adalah antara sedikit novelis surreal (yang karyanya lebih fokus pada tema alienation dan loneliness) yang percaya anda tidak perlu menjadi miserable dan screwed-up dan skitzo untuk menjadi penulis yang baik. Selepas membuat keputusan untuk serius menulis, dia berhenti merokok dan tidur selepas matahari terbenam dan bangun seawal pagi setiap hari untuk berlari for cried sake!

Kebetulan juga, beberapa bulan lalu aku mula menaruh minat pada sukan berbasikal (MTB). Sudah menghabiskan hampir dua ribu lebih membeli dan meng-up-grade basikal dan aku masih dalam proses membina basikal yang lebih baik. Juga bukan untuk tujuan bersaing, tetapi lebih mencabar diri sendiri. Sejauh dan selaju mana aku boleh berkayuh. Dan sama seperti Murakami, disebalik setiap kayuhan yang jauh dan rasa macam nak mati kepenatan, aku rasa kepuasan yang sangat setelah berjaya mencabar limitasi diri sendiri. Ia mengajar aku bertabah dan berdisplin berlatih.

Juga macam gila kerana tahun-tahun sudah, siapa yang tahu aku juga mempunyai hobi yang memerlukan belanja tinggi, mengumpul kibod dan synthersizer moden dan vintage serta perkakasan muzik lain. Setelah menghabiskan hampir sepuluh ribu tiba-tiba aku berminat pada hobi berbasikal pula. Mungkin 2012 ialah tahun untuk berbasikal, sedangkan aku masih belum mempunyai peruntukan pun untuk membeli walau sebijik koassilator yang hanya berharga sekitar rm600 (yang aku sudah berangan miliki sejak 2009). Aku berharap pada tahun 2013 nanti aku tiba-tiba berminat pada hobi mengumpul batu kerikil atau surat khabar atau pun mengumpul daun dan ranting kayu sahaja dan melupakan terus kedua hobi dan minat aku sebelum itu.

Jika azam aku untuk 2012 adalah untuk mengikut jejak Murakami, aku sudah terbayangkan masa depan yang sukar dan tidak menentu. Sedangkan umur makin meningkat dan orang tua sibuk suruh settle down. Aku tak tahu definisi 'matang' itu apa jika maksudnya hanya 'lupakan impian dan berkahwin dengan perempuan bukan pilihan hati for the sake of settling down. Mungkin jika perempuan itu kaya dan tak kisah tanggung hidup aku (and supportive dan memahami) mungkin hell, all these could work out fine, hopefully. Hell, Murakami boleh je kahwin muda and still living his dream, kenapa kita tak boleh? (sedapkan hati).

Selamat tahun baru 2012 dan Banzaii!!


2 comments:

Dayana said...

happy new year to you! being 30 is not so bad (for a guy). Cheer up!

here's to another year of watching TV while naked!

stam said...

:)