Saturday, August 27, 2011

Perutusan Hari Raya

Dua hari lagi nak raya. Sepanjang ramadhan ni selalu sangat tidur lewat. Sempat membaca 4 naskah setengah novel dan sebuah buku bukan-fiksyen.

Tapi satu juzuk Al-Quran pun tak habis baca.

Hmm...

Selamat hari raya Aidilfitri dan Selamat hari raya merdeka. Maaf zahir batin.

p/s: ko jangan bising Apex


Home Improvement 34

Mereka berdua gilakan minuman yogurt kosong lemak Nestle Bliss perisa timun dan limau nipis. Si Dia juga terlalu menggemari jus tomato Campbell, yang juga sangat tidak disukai oleh Si Lelaki. Si Lelaki kata rasanya seperti minum kicap ataupun jus oren yang sudah basi.

Antara hari-hari diantara puluhan hari bila mereka tidak sehaluan, ketika Si Lelaki keluar mencari rezeki, Si Dia keluar dari perkurungan biliknya, merenung pintu peti sejuk dan berharap ada nota kemaafan dari Si Lelaki tertampal diatasnya. Ketika hatinya baru berkira-kira untuk beralah, bertambah murka apabila hanya ada nota yang berbunyi “hari ni balik lambat, tak payah tunggu” dan diakhiri dengan sebuah ‘pengikat kata’ yang membuat darahnya kembali mendidih:

“ : P “

Lalu, demi meluahkan rasa tidak puas hati dan kekerasan hati wanitanya, Si Dia bercadang untuk memenuhkan peti ais mereka dengan jus tomato Campbell dan menghabiskan simpanan minuman yogurt kosong lemak Nestle Bliss timun/limau nipis yang masih tinggal. Setelah kosong empat botol besar dan hampir kembung perut dan termuntah, Si Dia pun bergegas mencapai kunci kereta dan bersedia untuk memulakan misi demi maruah dan keegoannya.

Di pasaraya berhampiran rumah mereka, bekalan jus tomato Campbell sudah habis, lalu Si Dia bergegas ke sebuah lagi pasaraya yang berhampiran untuk akhirnya mendapati stok di situ juga kehabisan.

Tanpa mengenal erti putus asa Si Dia bergegas pula ke pasaraya seterusnya, menekan hon kepada setiap kenderaan yang bergerak perlahan yang menghalang perjalanannya termasuk kepada kanak-kanak dan orang tua dan orang buta yang cuba melintas jalan namun disitu juga tiada menjual jus tomato Campbell. Tetap dengan keazaman, Si Dia memandu pula hampir 15km untuk ke sebuah lagi pasaraya dengan keyakinan tinggi untuk tidak pulang dengan tangan kosong tetapi akhirnya dikecewakan juga.

Masih optimistik, Si Dia memandu lagi hampir setengah jam ke pasaraya kelima untuk hari itu, melanggar dua lampu isyarat merah, hampir disaman polis peronda dan menghabiskan lagi hampir 40minit mencari parkir kereta. Apabila berdiri dihadapan sebaris rak yang tidak diisi, matanya mula bergenang. Rak kosong itu ditenungnya seperti melihat tragedi kehidupan yang dilemparkan kembali padanya, dalam bentuk gambaran ladang tomato dunia yang ketandusan dan mati, diserang mahluk perosak dan kemarau dahsyat. Lebih-lebih lagi, bila di rak bahagian bawah tersusun indah deretan botol minuman yogurt kosong lemak Nestle Bliss, kesemuanya perisa timun dan limau nipis.

Terasa seperti dirinya dipermain-mainkan takdir, Si Dia meramas erat pemegang troli kosong dengan kedua tangannya, sambil terpejam menahan air mata, menjerit sekuat hati dihadapan rak kosong itu, di dalam pasaraya itu, ditengah-tengah kesibukkan orang ramai membeli belah.

“aaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...!!!!!!!!!!”

Seluruh isi pasaraya tergamam, serentak berlari seorang pekerja lelaki pasaraya kearah suara jeritan Si Dia.

“Kenapa kak, kenapa kak?” Tanya pekerja paling cemerlang untuk bulan Ogos pasaraya itu dengan wajah cemas.

“dunia apa ni! Takkan satu jus tomato Campbell pun tak ada?!”

“err.. jus tomato Campbell? Oh.. oh yang itu memang selalu cepat habis kak” pekerja pasaraya yang cemerlang untuk bulan Ogos itu pantas menyedari produk yang disebut kehabisan stok kerana sebagai pekerja cemerlang, dia mengambil tahu tentang rekod bekalan dan permintaan setiap produk.

“Macammana boleh habis? Awak tahu tak betapa pentingnya jus tomato tu?!!”

“err.. tahu, err.. memang penting. Ia adalah antara produk berkualiti. Kandungan lemaknya rendah, ianya juga kaya dengan vitamin A dan C dan antioksidan yang tinggi. Selain itu ia juga mempunyai khasiat lycopene dan astringen yang baik untuk kesihatan kulit dan mengekalkan keremajaan” jawab pekerja pasaraya yang cemerlang itu dengan yakin. Sebagai pekerja cemerlang, dia ambil tahu kelebihan dan amat mengenali setiap produk dipasaraya itu. Anugerah pekerja cemerlang untuk bulan September sudah mula terbayang dalam kepalanya.

“Apa yang kau merepek ni?!!” Si Dia menjerit. “Jus tomato Campbell ni adalah lambang maruah kau tahu tak? Maruah setiap wanita dan isteri di dunia ni?!”

“Err.. ya ya ok sorry kak, please jangan menangis, malu lah ni semua orang pandang”

Si Dia sekarang sudah mula menangis dengan tidak terkawal. Pekerja cemerlang pasaraya semakin menggelabah cuba menteramkan keadaan, orang ramai membeli belah mula beredar mengjauhi perempuan gila itu mengikut firasat mereka.

“Mana ada rasa dia macam kicap, betul ke rasa dia macam kicap ha?” Si Dia tersedu-sedu.

Pekerja cemerlang pasaraya cemas, dia tidak tahu, dia belum pernah minum jus tomato Campbell tetapi sebagai pekerja cemerlang dia perlu jawab setiap pertanyaan pelanggan, tidak kiralah jika dia sedang menangis atau mungkin gila. “Err… masin dan masam sikit je, tapi sedap, sesuai dengan lambang maruah wanita dan err.. semangat juang wanita dan kesamaan hak err..” Walaupun jawapan kurang lengkap tapi pekerja cemerlang pasaraya itu hampir membuat dirinya kagum dengan diri sendiri untuk kesekian kalinya. Keyakinannya utuh.

“Itu sodium la!! Apa salahnya ada sodium sikit? Doktor cakap tak salah pun makan makanan ada sodium sikit haaa…” Tangisan Si Dia belum reda.

“ok kak, ok kak, err…” Pekerja cemerlang pasaraya perlu pantas mengawal keadaan. Menyedari tidak ada jus tomato jenama lain dipasaraya itu maka dia perlu pantas memikirkan produk alternatif lain sebagai gantian, yang penting produk itu harus mempunyai nilai kesihatan, ataupun maruah wanita, ataupun kedua-duanya sekali, pekerja cemerlang pasaraya buntu. Mana nak cari produk makanan yang melambangkan maruah wanita? Kacip Fatimah?

“Buat apa aku nak minum kacip fatimah?! Taknak, taknak taknaakk…!!!”

“ok kak, ok kak sorry.” Pekerja cemerlang pasaraya itu kembali menggelabah. Akhirnya dia terpaksa mengambil tindakan drastik, menawarkan harga promosi yang tidak munasabah, tidak wujud dan yang direka-reka untuk produk pertama sekali yang terlintas difikirannya. Tindakan ini wajar kerana situasi sudah semakin meruncing, walaupun terpaksa menanggung kerugian, yang dia akan bayar sendiri dari poketnya, semua ini perlu untuk kebaikan yang lebih besar, supaya pelanggan lain tidak lari ketakutan. Pekerja cemerlang pasaraya itu yakin pengorbanan dia ini akan dihargai pengurus pasaraya dan dia akan dianugerahkan pekerja cemerlang untuk tiga bulan berturut-turut atau mungkin dinaikkan pangkat kepada penyelia.

“takpa kak, kami ada promosi untuk minuman yogurt Nestle Bliss. Jikalau akak membeli secara pukal iaitu sepuluh botol, kami akan memberikan diskaun sehingga 50%, eh bukan 70%!! Macammana kak?”

Mendengar nama minuman yogurt Nestle Bliss, hati Si Dia semakin panas, tetapi mendengar perkataan ‘70%’, tiba-tiba keegoaannya yang membara tadi seperti dilembutkan.

“70%?” tanya Si Dia sambil menyedut hingus.

“ya kak, 70%, promosi ni sekali je seumur hidup.”

Tidak lama kemudian kelihatan Si Dia berada di depan kaunter pembayaran bersama sebuah troli yang dipenuhi botol minuman yougurt kosong lemak Nestle Bliss, lebih separuh daripadanya adalah perisa timun/limau nipis. Pekerja cemerlang pasaraya berada di belakang kaunter pembayaran sedang mengira bil pembelian dengan 70% diskaun ditolak dari gajinya sendiri tetapi tersenyum puas kerana berjaya membuktikan keupayaannya mengawal situasi kecemasan tanpa bantuan sesiapa. Sambil memerhatikan kad kreditnya digores pekerja cemerlang pasaraya, Si Dia menyedut hingus dari hidungnya yang kemerahan sambil cuba berdiri bangga dengan maruah yang tercalar.

Sunday, August 21, 2011

Bugs

I can't find a damn insect that hum or buzz or even squeak something which rhyme with your name. It frustrated me to had to invent some magical creature in my head to be able to hear them squawk something that sounded like your name. To think to have a flock of flying bugs repeating your name is not romantic at all. It's creepy.

So how about if I shouted your name to a towering wall of rocks and its echo back to me, and then it continue to bounce around in my head for the rest of my life.

For the mendesah with desir angin part, well that was easy, thank god.



Tuesday, August 9, 2011

Circle

girl,

this is getting us nowhere

Tuesday, August 2, 2011

Norwegian Wood

It all started with the three of us. She was my Naoko, he was my Kizuki. But my Kizuki didn’t kill himself. He fucked up, he betrayed me, his best friend. But then my Kizuki apologized, yet he was unable to do the right thing, fix his own mess and take it like a man. So there it was, he is as good as dead to me, and he left me a burden, he left me my Naoko, all hurt and shattered.

My Naoko had a childhood of disappointment and betrayal. Make worse by the wound left by my Kizuki. I stayed by her side as long as I could, long enough until I neglected my own right for a happiness.

But then just like how the story goes, my Naoko never really loves me. Rather than kill herself too, she married another man. And the same with my Kizuki, she is as good as dead to me. I was heartbroken none the less, but rather than taking my sorrow traveling and hitchhiking and sleeping in a sleeping bag in an unknown town along the coast of Japan listening to some fisherman mellowing out about his dead mother, I sink in a workloads of a heavy chemical industry and made rm35000 a year, unintentionally shutting everyone out of my life as I go along.

In the mist of all these shits, you came upon my life, my Midori. And you manage to fascinate me with your wild imaginations and charming intelligences. We share a lot in common. Interests and tastes. I was completely drawn to you. I may as well might have hit the jackpot.

So yeah, there was never the moment of playing guitar on a roof top watching a burning house and clumsy kisses. You are seeing someone and I am too busy living in the past of memories of a girl who took me for granted.

But please believe me so when I tell you that;

You are not a handful, not a fucking bit.

The matter of fact is, I can’t get enough of you. I wish there were more, I want more of you. I don’t want us to be just mere stranger (beautiful or not). You said it yourself, that we are two of a kind. So then why shouldn’t we be together?

I have a wish, I have an evil urge to ask you, to beg you to dump your boyfriend and run away with me doing crazy things like what two beautiful twisted minds ought to be. I want to make a lot of babies with you and we raise them like herds, big fat healthy happy herds and we gonna have farm and chicken and kebun durian and drink coffee on the berendah making fun of the first lady. I want us to argue and fight over trivial things like whose turn is it to pick up the kids at school and whose snore the loudest and sometime I have to sleep on the couch and we both would not speak to one another at the dinner table for two days or less. I want us to hate each other’s in-laws guts and get annoyed with each extended family. I want to grow old with you all weary and beaten-up going through all the crazy shits with you, together. I want it to be as real and as normal as it get. I don’t care about doubt and second thought or regrets and proud to say that this is the best mistake the two of us ever did.

It’s like that all the shits and everything that ever happened to me has a reason, and the reason is you. YOU. You are a godsend and I love you.