Monday, December 27, 2010

Pra Matang

Satu perkara yang aku belajar dari mak ayah aku tentang alam perkahwinan, selain berkemampuan dari segi kewangan, gatal dan bernafsu, kamu juga kena mahir dalam banyak perkara. Perkara yang orang fikir remeh dan kecil. Tidak ada konteks pasangan moden dalam perbincangan ini. Jika kamu mahu ikatan yang adil dan saksama, pembahagian tanggungjawab itu penting. Bayangkan jika pasangan kamu meninggal dunia, dan kamu terpaksa ambil alih segala tugasannya.

Tak perlu tapi bagus juga jika suami tahu memasak, menukar lampin anak dan mengemas rumah. Begitu juga tak perlu tapi bagus juga jika isteri pandai memperbaharui cukai jalan, lesen memandu, bil-bil dan menilai faedah pinjaman mana yang paling baik dan sesuai. Maksud disini ialah pembahagian tugas dalam department tertentu dalam organisasi keluarga. Sebagai contoh: 1) Department makanan. Pembahagian tugasan seperti suami bertanggungjawab membeli barangan dapur dan runcit, sementara isteri bertindak sebagai akauntan dan pengurus belanjawan merangkap tukang masak. Maka suami perlu belajar mengenali jenis-jenis ikan, sayuran, rempah ratus, bagaimana menentukan kualiti dan kesegaran makanan dan memantau harga barangan. 2) Department pembangunan anak. Pembahagian tugasan seperti suami ambik tahu prestasi semasa anak, urusan yuran dan wakil untuk PIBG. Sementara isteri menguruskan soal pendidikan kehidupan, riadah dan aktiviti pembelajaran luar sekolah. Ini termasuk mengenal pasti kecenderungan dan minat anak. 3) Department kediaman. Dua-dua kena ambik tahu status premis, pemilikan, insurans dan urusan penyelenggaraan.

Jadi janganlah tanya aku tentang bila nak kahwin, kerana setiap kali pulang ke kampung, ayah aku masih bertanggungjawab membeli barangan runcit dan lauk pauk. Aku hanya sumbang dari segi kewangan. Setakat nak beli gula dan susu pekat bolehlah. Jenis-jenis ikan laut dan sungai dan harga semasa ayam dan daging, haram aku tak ambik tahu. Apatah lagi pengurusan kewangan berhemah, aku tak ada masa nak mengkaji dividen, defisit, interes, kredit, ASB, indek nikel, KWSP, bursa saham, pengunjuran, premium, beza antara 3.11% dengan 3.12% atau 8.9875%. Gila kau geek nak mampus, kau takde kehidupan ke? Cukup time, aku bayar. Ada duit lebih, beli. Tak cukup kumpul.

Tanggungjawab pada aku hanyalah untuk fikirkan bila umur yang sesuai untuk memperkenalkan bakal anak aku nanti pada Radiohead, seterusnya ke peringkat tertinggi hingga Dntel dan kenapa Bunkface itu tak best langsung.

Pendek kata, aku tak layak lagi bernikoh.

So, agak-agak bila boleh masuk meminang?

The Right Man For The Right Job

Pagi itu, tiba-tiba terasa mahu keluarkan peluh sambil ambik angin. Setelah berbulan lamanya aku tidak menjejakkan kaki ke puncak furnace, di charge hopper, 100 meter dari bumi. Aku keluarkan helmet keselamatan yang lengkap dengan muffler, helmet yang berkilat bersih dan suci dari sebarang palitan gris dan debu ferum oksida. The stain mark that set apart between real man and air-conditioned and arm rested chair douchebag. Timbul rasa segan dalam diri sendiri, years ago I used to be one of them, among the crusty guys. Sekarang hanya membuncitkan perut dan mengarah orang doing all the dirty, dirty and real work.

Aku mulakan pendakian melalui ratusan anak tangga besi ke puncak, dengan berhenti setiap aras untuk melihat dan periksa setiap pam, setiap compressor, setiap fan, setiap valve, setiap selenoid, setiap vessel, setiap chute, setiap scrubber. All the fucking piece of shits that had been part of my living and robbed me of my life for the last 5 years.

Hampir setengah jam apabila akhirnya aku sampai di aras paling atas. Struktur paling tinggi di kompleks sebesar 4.2 hektar ini. This shithole, in itself is in fact a fucking city of 5000 inhabitant, predominantly alpha male.

Kebetulan ada seorang juruteknik aku dan dua orang pekerja kasar immigrant india sedang bertungkus lumus membersihkan chute conveyor yang tersumbat. Mereka senyum pada aku. Aku senyum balik. Senyum aku tak pahit. Setelah mendapat pelepasan dari control room, mereka sambung kerja, menekan jackhammer pada lapisan keras mendapan ferum oksida yang melekat.

Juruteknik aku itu, umurnya baru 37 tahun, jika orang yang tidak tahu, pasti ingat umurnya sudah mencecah pertengahan. Tapi that's what this work do to people. Years of battering and wearying hardwork, menduga keselamatan hari-hari supaya anak dan isteri di rumah cukup makan. Pekerja kasar immigrant india itu, aku tak perlu terang panjang lebar, mereka lebih kepada hamba di dunia moden. Kekejaman industri atas nama kemajuan dan kekayaan yang segelintir, me not included. Aku cuma sedikit bernasib baik.

Aku lihat permandangan sekeliling, disekeliling komplek industri yang menghambur besi panas ini, sejauh mata memandang, Putrajaya di Utara, dari kejauhan, kerana cuaca hari itu cukup baik, nampak bayangan KLCC sebesar jari kelingking (I'm not shitting, naik atas ni kalau tak percaya). Bayu bercampur wasap-wasap dari puluhan corong sekitar kompleks, sudah cukup menyegarkan kerana hanya itu saja kemewahan yang kami mampu.

Lalu tanpa berfikir, aku capai besi tuil yang kebetulan diatas platform, dan terus menghentak mendapan keras ferum oksida sekuat hati aku. Satu hentakan untuk setiap malam minggu yang aku tinggalkan, satu hentakan untuk setiap cuti umum yang aku terpaksa lupakan, satu hentakan untuk setiap masa bersama keluarga dan kawan-kawan yang aku hilang, satu hentakkan untuk setiap keremajaan aku yang pudar lebih cepat dari waktu yang sepatutnya, satu hentakkan untuk semua juruteknik dan rakan sekerja aku yang setia, satu hentakkan untuk anak-anak mereka, satu hentakkan untuk semua warga asing yang dibayar ciput untuk kerja merbahaya dan berat demi mencari rezeki halal di negara yang rakyatnya jarang bersyukur ini. Satu hentakkan untuk kebaskan tangan aku, kotorkan baju dan helmet aku. Biar peluh kami menitik sama dan bercampur.

Thursday, December 23, 2010

Home Improvement 0.99

Dalam pandangan mata Si Lelaki yang kadang-kadang dikaburi lelehan darah merah, dunia terbalik. Tergantung dari tali pinggang keledar, dihimpit beg udara dan riuh rendah suara orang meminta tolong sayup kedengaran. Cahaya siren ambulan seperti lampu hiasan berkelipan. Kaki-kaki manusia diseberang jalan, semua di atas. Langit di bawah tanpa sempadan. Pertanyaan paramedik yang sedang melutut disebelahnya ketika itu tidak disedari. Matanya tertumpu pada satu wajah yang menenangkan disebalik orang ramai yang memerhati di tepi jalan. Wajah yang membuatnya lupa segala kesakitan, Si Lelaki tersenyum. Ini semua takdir, jodoh dan pertemuan, tuhan telah menemukannya.

Hari itu adalah hari bahagianya.

Sunday, December 5, 2010

Potential Sipnopsis

Kata orang, baik simpan sendiri idea takut nanti ditiru sebelum dimeterialisasikan, biarlah. Membuat sinopsis memang senang, kembangkan menjadi karya berkualiti yang susah. Kisah cinta pun tiada yang original, dikitar semula dengan plot berlainan. Daripada terkubur, baik 
diusahakan mereka yang berbakat dan berkemampuan, walaupun meniru tapi asalkan kreatif boleh jadi hasil kerja sendiri dan tersendiri. Industri negara juga maju. Sudah dipos diblog ini sebagai bukti boleh juga nanti buat modal saman-menyaman. Lebih untung dari hasilkan sendiri yang belum tentu laku. Licik kan?

1. Sekumpulan jurufoto profesional berlainan cabang kemahiran, fotografi model, fotografi perkahwinan, fotografi dokumentari, fotografi perang, fotografi seni potret bla bla bla. Masing-masing memiliki ketajaman mata hati dan kemahiran mengambil gambar yang mampu mempotretkan emosi manusia, sudah mula bosan dengan kepalsuan dan kejengkelan manusia sekeliling, lalu menubuhkan kumpulan rahsia dengan objektif utamanya adalah untuk menyedarkan manusia yang kurang peka pada dunia dan realiti kehidupan, kerana dilalaikan oleh kesenangan dan keselamatan, yang selalunya terdiri dari manusia yang berkedudukan dan dikenali. Mereka bertindak dengan seorang ahli kumpulan menyerang hendap golongan ini ketika sedang leka iaitu dengan berlari ke arah mereka dari belakang dan menumbuk muka mereka secara tiba-tiba sementara ahli kumpulan yang lain mengambil foto saat itu. Merupakan foto paling berkesan dan tulen sekali yang mempotretkan wajah manusia yang dikejutkan secara tiba-tiba, Apabila 'mangsa' melihat foto mereka saat ditumbuk itu, melahirkan sejenis kesedaran dalam diri mereka dengan campuran perasaan paling gerun dan terpinga. Kumpulan jurufoto profesional pemberontak dan revolusionis ini menggelarkan diri mereka Liga Liar. Akhirnya diburu pihak berkuasa disamping disanjungi majoriti masyarakat yang tertindas. Dianggap pengganas oleh pemerintah, aktivis dan genius oleh penggiat seni, bodoh, tiada kerja dan buat perkara sia-sia oleh segelintir pengkritik, dan vigilantis oleh golongan tertindas.

2. Puluhan tahun dimasa hadapan, setelah bumi kembali aman setelah 10 tahun berperang dengan penakluk dari angkasa lepas, menceritakan tentang sekumpulan veteran tentera Malaysia dari batalion whatever, sedang dibicarakan dimahkamah tentera antarabangsa kerana melanggar arahan dan mengakibatkan lebih separuh anggota batalionnya sendiri terkorban. Kisahnya bermula apabila barisan hadapan tentera bumi, yang sebahagian besar terdiri dari tentera Amerika, sudah hampir lenyap dan pupus semuanya, kecuali satu kompeni yang terdiri dari banduan dan penjenayah yang disabit hukuman mati, yang diberi peluang untuk bebas dan diampunkan sekiranya berkhidmat dalam tentera Amerika, adalah merupakan kompeni terakhir tentera Amerika yang masih hidup ketika itu. Batalion tentera Malaysia yang ditugaskan memantau kompeni itu, kerana tentera Malaysia tidak dianggap pasukan yang cukup bagus untuk mempertahankan bumi dibarisan hadapan, telah mengambil keputusan sendiri atas dasar kemanusiaan dan moral, untuk menyelamatkan kompeni terakhir tentera Amerika yang terdiri dari banduan itu yang pada dasarnya dihantar untuk misi bunuh diri. Perbicaraan yang menarik perhatian masyarakat dunia. Persoalan antara kesetiaan pada arahan, maruah sebagai tentera, prinsip moral dan kemanusian. Layakkan askar bekas banduan itu dibiarkan berjuang hingga mati atau diselamatkan, selamatkan askar-askar terakhir dalam angkatan tentera Amerika dari pupus dan lenyap di bumi, walaupun mereka sebenarnya hanya banduan yang diberikan peluang untuk dihukum mati dengan cara yang lebih bermaruah.  

3. Seorang pemuda yang sederhana segala serbi, pendidikan, pekerjaan dan gaya hidup, selalu berangan-angan untuk menjadi 'seseorang' yang penting dan disegani. Tiba-tiba memenangi wang loteri jutaan ringgit. Peluang sekali seumur hidup untuk mengubah hidup dan mencapai cita-cita. Tanpa disangka sahabat, makwe dan keluarga beliau, daripada menggunakan wang itu untuk tujuan yang lebih berfaedah, tiba-tiba dia membeli sebidang tanah di tepi pantai dan membida dengan kerajaan untuk mengistiharkan tanah tersebut sebagai negara 'mikro' beliau sendiri, diberi autonomi dan melantik dirinya sebagai raja pertama kerajaan baru itu. Adakah beliau berjaya membuktikan sesuatu atau dia sememangnya seorang 'loser' yang bodoh dan merepek seperti yang dikenali oleh makwe, rakan-rakan dan keluarganya?   

4. Karim mengidapi sejenis penyakit misteri dari lahir dan ketika berumur 9 tahun dia tidak pernah mengantuk dan tidur sehinggalah dewasa. Keunikkan Karim itu menjadikan beliau seorang yang terlalu peka dan hebat memerhati perubahan sekeliling. Karim telah 'dikurniakan kebolehan' untuk mengetahui 'rahsia malam'. Tidak tidur malam menjadikan Karim menjalani waktu kehidupan jauh lebih lama dari manusia lain sebayanya. Otaknya tidak pernah berhenti dan berehat dari berfikir. Setiap malam apabila dunia tidur, Karim jadi kesunyian dan banyak menghabiskan masa dengan membaca. Kerana penat berfikir, Karim selalu ingin merasai perasaan dan keadaan ketika bermimpi dalam tidur. Satu-satunya cara paling hampir untuk Karim bermimpi ialah melalui khayal dengan segala jenis dadah. Pada Karim, ketika berkhayal, ketika itulah fikiran dapat 'berehat'. Apakah nasib hidup Karim seterusnya? Apakah 'rahsia malam' itu? Apakah konflik keluarga kesan dari keadaan Karim? Adakah nama kawan Karim itu 'Dia' atau penulis malas nak letak nama, siapakah yang berjaya mengorat Suraya. Pasti pecah kedai buku 100 juta.