Thursday, April 30, 2009

Home Improvement 4

Dan sekali lagi,

Pastinya hati kecilnya terusik dan keliru sama ada kesabaran sedang diuji, sama ada pertalian yang terjalin sedang dicabar. Tika saat tenang dan sunyi yang begitu didambakan, yang belum ada kesempatan, membaca bab-bab terakhir tulisan yang menawan perasaan lagi mendebarkan, untuk ditamatkan juga akhirnya. Akhirnya.

Sengaja diganggu ketawa kuat memecah suasana, diikuti gema televisyen rancangan jenaka.

Ditonton lelaki tercinta serta teman baiknya

Dalam pakaian lengkap angkasawan berserta topi keledarnya. 

Wednesday, April 29, 2009

Home Improvement 3

Saat romantis mereka, ketika berdua duduk di lantai menyandari pintu rumah. Si Dia bercerita tentang kenangan, tentang kisah silam penuh kemanisan, tentang hati dan perasaan. Matanya berkaca mengadap kerusi meja dan karpet penuh bunga bertaburan. 

Si Lelaki mendengar penuh setia, penuh pengertian penuh harapan. Dalam kepekatan malam, matanya sayu mengadap jalan.

Selepas bisu seketika, untuk kali kedua, pintu tetap tidak terbuka. Si Lelaki bermalam di dalam kereta, si Dia tetap keras hatinya.

Tuesday, April 28, 2009

Home Improvement 2

Dan pastinya hati kecilnya terusik dan keliru sama ada kesabaran sedang diuji, sama ada pertalian yang terjalin sedang dicabar. Tika saat tenang dan sunyi yang begitu didambakan, membaca bab-bab terakhir tulisan yang menawan perasaan lagi mendebarkan.

Sengaja diganggu derungan kasar motor mesin pemotong rumput

Sedang ditolak lelaki tercinta,

Dalam kostum penuh arnab berwarna merah jambu.   

Monday, April 27, 2009

Home Improvement

Panggil aku si Luddist, ketinggalan atau buta teknologi. Tapi memo pad berpelekat warna kuning, hijau dan merah muda itu adalah jauh lebih berkesan dari sistem pesanan ringkas telefon bimbit canggihmu.

Jauh lebih romantik.

Kerana Sayang, semuanya adalah tentang lokasi.

Lokasi, lokasi, lokasi.

Bila pasangan bercinta bermasam muka, mogok kata-kata. Lawan kekerasan kepala dan hati. 

Tampal sahaja di cermin almari mekapmu, pintu peti sejuk itu, pintu bilik tidurmu, cermin sinki, malah tingkap kereta kebanggaanmu.

Kata-kata sindiran, murah dan berkesan.

:)  

Saturday, April 25, 2009

Rebelde

Lapisan luapan wap air dari nafas hangat mula terbentuk pada bahagian dalam topeng gas. Ditambah pula dengan pandangan mata yang kabur dan rabun jauh, memandangkan cermin mataku tidak muat untuk dipakai bersama topeng gas tersebut. Terpaksaku mendekatkan muka pada skrin DCS apabila siren amaran DCS mula berbunyi menandakan aku terlepas pandang paras PDC hampir maksimum dan kadar CO2 dalam gas proses mula menurun. 

Tenang. All in a day's work.

Kedengaran bunyi hembusan nafas bergema keluar dari corong mulut topeng gas Process Controller 2 disebelahku. Khusyuk menekan-nekan papan kekunci mengawal operasi plant seperti biasa. Entah apa yang dia nampak aku pun tak tau, sama rabun. 

Sela beberapa minit muncul seorang eksekutif instrumen yang baru mula bekerja dalam perjalanan untuk ke pantry. Tersentak sebentar dirinya melihat kelibat dua ekor mahluk gila yang bertopeng gas sedang mengawal DCS. Aku lihat dia seperti cuba menutup mulut dan hidung dengan tangan barangkali menyangka ada gas beracun yang kebocoran dimana-mana didalam control room. 

Kemudian Si Tua, instrument specialist keluar dari pantry dengan sebuah mug di tangan berjalan ke arah mejanya. Dia membetulkan duduknya pada kerusi dan menyambung kerja seperti biasa. Si Tua sudah lali dengan perangai dua ekor mahluk gila ini dan dia tidak amused barang sedikitpun. Nak nasihat pun tak guna. Menyedari hakikat itu, eksekutif instrumen baru itu tadi membatalkan niatnya untuk menahan nafas. Akhirnya dia mula menyedari ini adalah antara hari-hari tertentu apabila shift group B akan datang bulan dan mula membuat perangai. Dia meneruskan perjalanan ke pantry sambil menggelengkan kepala. Barangkali menyesali keputusan tentang pilihan kerjayanya, kerana besar kemungkinan akan mengalami tekanan sama dan akhirnya menjadi gila seperti mahluk dua ekor tadi. Fikirnya barangkali.  

Sela beberapa minit lagi muncul pula seorang lagi pakar instrumen berstatus manager. Kami hanya menggelarnya dengan panggilan mesra, Chief. Chief walaupun berpangkat, adalah seorang yang tidak mengira dan sangat memahami, lantas dia hanya ketawa besar melihat perlakuan simbollik kami berdua itu. 

"Haiyaa.. apa lagi la kau orang ni. Ini kalau Number One nampak mesti nangis dia woo..."  

"Kerja mesti mau happy Chief, gaji tarak naik apa macam mau happy" Process Controller 2 bersuara. Suaranya kedengaran seperti orang bercakap dengan mulut diserkup 

"Ya Chief, embrace the dark side" Sampukku pula. Suara sebijik macam Darth Vedder.

Oh sungguh cool.

"Heh, ikut suka hati korang-lah! You bunch of crazy kids" Chief bereder, juga menuju pantry. The only room that matters.

Di radio komunikasi technition kami sibuk memanggil-manggil control room, kelam-kabut dengan masalah operasi plant.

Tenang. Everything are under our control. Sambil aku cuba menyapu lapisan wap air pada permukaan topeng gas tapi gagal, kerana ia terbentuk didalam topeng, bukan di luar.

"Apa? tak clear la, repeat repeat! Suara macam dalam kelambu" Kedengaran suara dari radio komunikasi. 

Butterfly

Bagaimana mahu menggambarkan perasaan ini, perasaan kupu-kupu didalam perut. Sesungguhnya hati sudah terpaut tapi macam malu kot.

Boleh terimakah alasan ini, jika boleh mahu terang-terangan tapi maaf ada serangga kecil bersayap dan cantik sedang berterbangan di dalam abdomen saya.

Oh jika begitu,

Meh saya tendang perut awak jawabnya barangkali.

Friday, April 24, 2009

Half Raised Flag

Blog ini sekarang dalam tempoh berkabung tak tahu berapa lama. Kenapa peminat dan gadis-gadis yang meminati saya harap maaf. Akan kembali dengan entri ceria.

Ya, CERIA sahaja. 

dan oklah, romantik juga, sigh.