Daging busuk, daging salai, daging panggang, daging separuh masak, daging hangus, daging segar, daging haram . Darah daging. Camtulah korang kalau tak pakai otak, jadi ketulan daging bertulang yang bernyawa yang berjalan dan pakai kasut. Ni bukan blog pasal nak masak daging lah!
Thursday, January 17, 2013
Buku Orang Hodoh Cantik
Ini buku Orang Hodoh Cantik hasil penulisan aku yang dibeli hakmilik dan diterbitkan semula oleh Dubook Press. Sebelum ini diterbit dibawah Neon Terbit. RM15 sahaja. Sila lah ke laman web DubookPress atau facebook mereka DubookPress untuk maklumat membeli atau sebarang ancaman lain. Terima Kasih
Wednesday, September 26, 2012
Home Improvement... I lost count
Suatu hari Si Dia didatangi seorang lelaki gatal untuk cuba menggodanya. Tiadalah dalam pengetahuan lelaki gatal itu tentang hakikat bahawa Si Dia ialah isteri orang. Maka lelaki gatal itu menaburlah kata-kata pujukan dan pelawaan manis untuk mendekatinya.
"Hai, saya seorang yang romantis, marilah ikut saya ke kampung Kuantan malam ini untuk melihat keindahan kelip-kelip di jeti sungai sambil kita berkenalan" kata lelaki gatal itu.
Si Dia merenung lelaki gatal itu dengan tajam, kemudian berkata:
"Are you fucking crazy, who the hell do that anymore? Come back when you build yourself a fucking spaceship and take me to edge of space and take a walk on the moon. Or build me a goddamn byplane and fly us to the north pole and go fishing with the eskimos or whatever"
Lalu si Dia berlalu meninggalkan lelaki gatal yang wajahnya bertukar warna biru dan perlahan-lahan berubah menjadi babi.
Sekian.
Sunday, July 22, 2012
Drifter
That day when i spin my car out of control, I half expected my whole life would flash before my eyes. The whole thing lasted only a minute but felt longer. Long enough for me to enjoy the rare 360 degree view on the windshield which I have spent staring at half of my adult life. I didn't even need to turn my head around. It always have been what lies straight ahead, a glimpses on the rear mirror is all I can afford.
When finally the car came to a screeching halt, in the middle of the road, I broke into a hysterical laugh. The sheer rush of it all. I blame it on the adrenalin, but the other half is probably because I'm just crazy. It's not me to laugh at fate at gun point, I don't know when I have became that kind of person.
As I resume driving to my side of the road, no sooner that a number of car passes me in high speed, if everything end just a little bit later, fate would have laugh back at me.
And my life did flashed before my eyes. fate have a funny way of reminding me to slow down. when all this while I've been speeding full steam ahead, didn't even look back. the things I miss, I abandon, I left behind, forgotten.
And in my flash, of all the faces I knew and saw, yours is the most vivid and clear
I saw you and I don't want to go on without you,
anymore

Wednesday, May 16, 2012
Kemas Kini
Bila ayah aku diserang strok beberapa minggu lepas, aku rasa helpless. Kemudian bila kedua orang tua aku mula berbicara tentang masa mereka didunia sudah tidak panjang dan kenapa aku masih kelihatan tidak mahu menamatkan zaman bujang dan berbicara soal jodoh, aku bertambah helpless. Rasa ketika itu mahu sms semua nombor perempuan dalam simpanan telefon aku dan tanya setiap seorang dari mereka jika mahu berkahwin dengan aku hari itu juga, hanya untuk buat ayah aku gembira ketika itu. Pemilihan rambang ini tentulah tidak disertakan dengan cinta, kecuali seorang dua yang aku secretly suka.
Tidak kira betapa rasa helplessnya aku ketika itu, aku masih lagi waras dan tidak terdesak seperti itu, walaupun hakikatnya aku mungkin terdesak dan juga tidak punya kemewahan waktu lagi seperti dulu. Beberapa malam bermalam di hospital Pusrawi menemani ayah aku, dikelilingi jururawat cantik, malangnya rasa helpless dan dipresi aku jauh mengatasi rasa teruja aku untuk 'mencuba' salah seorang dari mereka. Apa guna jika perempuan itu cantik dan berbudi bahasa jika mereka tidak ikhlas mahu kongsi tanggungjawab atau sekurangnya memahami kepentingan utama aku sekarang ialah menjaga ayah dan mak aku. Mak aku tak berdaya menjaga ayah aku seorang dan sememangnya ini tanggungjawab aku sebagai anak lelaki paling tua. Jika mereka tidak mahu menerima keadaan ayah aku, jangan harap aku juga mahu menerima mereka. Secretly suka or not. Hot or not.
Bila kau kahwin dengan seseorang, kau juga akan 'berkahwin' dengan ibu-bapa mereka, keluarga mereka, saudara-mara mereka dan manusia-manusia disekeliling mereka yang menjadikan mereka siapa diri mereka. Perkongsian hidup ini adalah jauh dari hanya berkongsi bayar duit ansuran rumah dan menukar lampin dan membancuh susu anak ditengah malam. That much I already knew. Tidak kira bagaimana kita rasa keluarga masing-masing tiada hak campur tangan urusan hidup kita, sebenarnya kita tidak boleh mengelak dan menjauhkan diri. Tanggungjawab sebagai seorang anak ialah sehingga mati. Walaupun hingga kedua orang tua kita sudah tiada, doa kita masih wajib kita sedekahkan hingga kita pun berhenti bernafas.
Aku rasa ayah aku menjalani kehidupan yang baik, kecuali satu, pengalaman merisik anak dara orang dan menerima kehadiran menantu perempuan pertama. Tidak kira jika aku sudah mewarisi kemahirannya yang diperturunkan seperti mesin rumput, trim dahan pokok dengan gergaji, tukar mentol yang terbakar, nyalakan unggun api, teknik mengacau dodol, tukar tayar kereta pancit, pembakaran lemang yang sempurna dan memastikan minyak hitam kereta sentiasa dalam keadaan baik. Tidak kira jika aku berjaya membanggakannya dengan segala pencapaian aku dalam hidup, sama ada aku pernah mewakili sekolah dalam acara olahraga, menerima pujian dari rakan-rakannya tentang prestasi akademik aku, mendapat pekerjaan yang baik dan segalanya. Apa guna semua itu jika dia mungkin tidak berpeluang dukung cucu dari zuriat aku, bayi yang aku akan perturunkan segala kemahiran hidup yang aku pernah belajar darinya, generasi ketiga dari legasinya.
Apa guna juga semua pencapaian aku dalam hidup jika ianya hanya semakin menjauhkan aku dari kedua orang tua aku. Mengejar dunia hingga mengabaikan mereka. Walau mampu mengupah orang menggantikan tempat dan tanggungjawab aku, percayalah, semua ibu-bapa didunia ini lebih rela dan gembira dimandikan, dibasuh berak kencing mereka, dijaga oleh anak sendiri, ataupun menantu.

Wednesday, April 4, 2012
Home
Tapi semuanya Ok, semuanya tidak apa-apa. Awak tetap menawan dan selebriti di mata dan hati saya.
Kemudian kita naik kereta murah dan buatan tempatan saya, singgah di McDonald dan makan burger keju berganda. Berbual perkara yang tidak penting dan signifikan, seperti cuaca dan pensil.
Kemudian kita tersekat di kesesakkan jalan yang sangat teruk di tengah ibukota. Kenderaan lain membunyikan hon sesuka hati mereka. Hari yang terik dan panas. Kepenatan dengan hari yang panjang dan sibuk tetapi kita hanya diam tidak mengeluh. Tidak berkata apa-apa, tentang apa-apa. Semuanya Ok, semuanya tidak apa-apa. Awak pandang keluar tingkap dan saya mencari frekuensi radio untuk lagu yang nyaman.
Awak terpandang seorang budak kecil dikerusi belakang sebuah kereta dan melambai kepadanya sambil tersenyum. Saya ternampak sekumpulan burung yang tidak dikenali spesis apa sedang bertenggek diatas sepohon pokok ditepi jalan. Dan bagaimana langit hari itu tanpa awan dan kebiruan.
Monday, March 12, 2012
Wrong Side Of The Bed
Mengiring disebelah kegemaran saya, bahu kanan yang selalu menampung separuh berat badan, ditekan kedalam tilam yang empuk, tangan kanan dibawah bantal atau tanpa dilapik apa-apa, menjadi bantal yang menyorong kepala saya. Mungkin selama saya hidup dan membesar, disetiap katil yang pernah diberikan dan dimiliki saya, kebanyakkannya sebelah kanannya menghadap ke dinding, menjadi kebiasaan sejak kecil, mungkin saya lebih selesa terjaga dari tidur dan pandangan mata yang pertama hanyalah dinding yang kosong, kemudian saya akan berpaling untuk melihat dimana saya berada, dan siapa yang menyentuh bahu mengejutkan saya. Mungkin tangan kiri saya lebih cepat kebas dari bahu dan tangan kanan saya. Mungkin ketika ini diusia yang semakin dewasa saya lebih banyak tertidur diatas sofa dan saya masih terbaring mengiring disebelah kanan dimana selalunya arah televisyen diletakkan. Pernahkah awak perasan tentang itu? Tentang kita mungkin mempunyai sisi kegemaran kita sendiri ketika berbaring.
Jika saya tidak dapat lena saya akan mengiring ke kanan lagi, jika pandangan saya bukan dinding, saya akan memikirkan tentang awak, tentang apakah sisi kegemaran tidur awak.
Adakah sama seperti saya, adakah berlawanan. Adakah jika mungkin, mungkin jika tidur bersebelahan, pandangan pertama mata kita apabila terjaga adalah wajah kita berdua, atau kita membelakangi satu sama lain.
Jika sisi kegemaran kita sama, saya akan pura-pura terlena terbaring mengiring ke kiri, saya akan biarkan bahu dan tangan kiri saya kebas. Asalkan pandangan mata saya bukan lagi dinding, atau bilik yang gelap dan kesunyian.

Saturday, February 11, 2012
Extrovert Is Overrated.
Sudah tentu, mereka itu seperti mendapat tenaga dari khalayak yang ramai, lebih ramai lebih kuat suara mereka, terlalu kuat hingga tidak mendengar diri sendiri berfikir, ataupun fikiran orang lain.
Bila bersendirian tidak berkemampuan dan rapuh.
Jantan macam tu ko nak buat laki?
Oh came on lah bitch.

Subscribe to:
Posts (Atom)