Tuesday, August 27, 2013

Tuesday, May 14, 2013

Akan Datang


..............

Kamarudin membuka pintu peti sejuk, memandangkan isinya hampir kosong, Kamarudin mengambil satu tin air Coke yang sejuk, sarapannya untuk hari itu. Kamarudin rasa lemas, dia pergi kearah langsir yang menutup seluruh skrin kaca balkoni dan menyelaknya seluasnya. Cahaya matahari pagi menyuluh jelas partikel habuk yang terbang dari permukaan objek-objek didalam rumahnya, ditiup angin segar dari luar. Apabila ia bersinar terkena sinaran matahari pagi, kelihatan seperti debuan emas yang cantik, kotor dan tidak menyihatkan. Kamarudin menarik nafas panjang, bernafas sambil mengeluh.

............

Tuesday, February 26, 2013

Tiada Kaitan Langsung Dengan Indie

1. Dahulu senang sahaja, menyebarkan mesej tanpa sekatan dan bantuan pengantara, orang ketiga yang suka ambil kesempatan.

2. Moral apa kejadahnya. Adakah mereka itu begitu berniat jahat atau sekadar membuat sensasi dan tambah rencah cerita. Kalau berjaya membuatkan benda yang taboo dan buruk jadi indah, atau sekurangnya menggerakkan otak pembaca, baguslah. Tak berjaya, kutuklah kegagalan itu, tiada kaitan pun dengan moral mereka, kecualilah mereka itu keturunan syaitan. Moralnya manusia kena bijak dan matang menilai.

3. Sampai bila yang muda dan naif itu mahu disuapkan dengan benda senang untuk dihadam. Biar mereka belajar bahawa bukan senang dan ada jalan pintas untuk meneroka ilmu.

4. Menggalakkan minat membaca kejadahnya. Mahu menggalakkan membaca, dengan buku komik yang ringan dan tidak berfaedah pun boleh. Kalau mereka masih hanya membeli produk yang lebih kurang dan sama sahaja tahap kualitinya, dan tak berminat langsung membaca yang lebih berat, itu bukan minat membaca namanya.

5. Setakat suka kerana boleh relate dan sedikit sebanyak tersentuh dengan hidup dan pengalaman peribadi baik tak payah. Membaca adalah untuk menambah pengalaman sebab mungkin tidak berkemampuan melihat dan mengelilingi dunia, dan tiada peluang merasai banyak perkara dalam hidup, maka dengan membacalah jalan paling mudah. Yang engkau nak baca benda yang sama dengan hidup kau buat apa? Bukan kau dah tahu?

6. Jagalah bahasa sebaik mungkin. Kerana kalau kau hanya bercerita tentang pergi kedai beli bawang sekalipun, jika bahasanya indah, maka ia jadi bermakna. Mahu santai biar kena pada tempatnya, bukan merata-rata setiap tempat.

6. Aku malas menulis karangan panjang benda yang remeh-temeh.

7. Bye, kitar semula, jimat air dan selamatkan gajah liar.    

Thursday, January 17, 2013

Buku Orang Hodoh Cantik



Ini buku Orang Hodoh Cantik hasil penulisan aku yang dibeli hakmilik dan diterbitkan semula oleh Dubook Press. Sebelum ini diterbit dibawah Neon Terbit. RM15 sahaja. Sila lah ke laman web DubookPress atau facebook mereka DubookPress untuk maklumat membeli atau sebarang ancaman lain. Terima Kasih