Saturday, September 10, 2011

Pills

Aku baru terbaca paper the Star Jumaat lepas. Ada laporan yang memperbetulkan berita yang sebenarnya Marsha Akademi Fantasia itu pengsan bukan sebab telan banyak pil, tapi sebab tekanan darah rendah selepas mengalami eksiden.

Damn. Kecewa.

Gadis suicidal yang menelan pil is way hotter.


xStamx

Friday, September 9, 2011

Home Improvement 35

Si Lelaki mencadangkan mereka bercanda di tepian bukit memerhati langit malam dihiasi bintang dan bulan. Si Dia kata; "terlalu klise".

"Ok, ditepian bukit melihat permandangan kotaraya dihiasi lampu-lampu malam bergerlipan?"

"terlalu lame"

"Ok, ada cadangan lain?"

"Awak tahu, ada banyak lagi ciptaan indah tuhan yang lain yang kurang dihargai, dalam kedinginan dan ketenangan malam."

"tumbuh-tumbuhan?"

"Ok, boleh juga"

Lalu mereka pun bercanda di tepian bukit diwaktu malam yang nyaman dan tenang memerhatikan beberapa batang pokok. Untuk lima belas minit kemudiannya menyedari ia hanyalah sebuah ladang getah yang ditinggalkan.

"Hmm.. cantik juga dahan pokok tu..." Si Dia cuba memecahkan kesunyian. "tapi benda apa yang macam kain putih kat atas tu?"

"Sshh.., jangan tegur!"

******

Si Dia mencadangkan supaya S Lelaki, bila diperlukan, datang memenangi kembali hatinya atau memujuknya dengan menyanyikan lagu cinta dengan sebuah gitar akustik diluar jendela rumah dua tingkat mereka.

Si Lelaki kata; "boring"

"Ok takpe, piano?"

"Macammana saya nak bawak grand piano turun keluar rumah. Kalau keyboard pun saya kena bawak sekali dengan stand dan soket untuk sambung power supply dengan amps"

"Ok fine, ada cadangan lain?"

"Takpe, awak tunggu saja malam ini"

Lalu malam itu Si Dia menunggu dengan sabar didalam biliknya berhampiran jendela. Kemudian kedengaran samar-samar suara Si Lelaki sedang menyanyi diluar rumah. Apabila Si Dia menjenguk ke luar kelihatan Si Lelaki sedang memetik tali sebuah double bass yang berdiri hampir sama tinggi dengannya. Mungkin tali double bass itu terlalu keras menyebabkan Si Dia tidak dapat mendengar dengan jelas setiap petikan. Si Lelaki sedang menyanyikan lagu 'The First Day Of My Life' dari Bright Eyes dan sudah hampir lebih dari separuh lagu dinyanyikan apabila akhirnya Si Dia baru menyedari kehadirannya di luar rumah.

"Tak dengar lah..!" Si Dia menjerit.

"Apa!?"

"Tak dengar..!"

"Ok, turunlah bawah ni sekarang"

Lalu Si Dia bergegas turun. Si Lelaki terpaksa menyanyikan semula lagu cinta mereka sambil memetik sebuah double bass yang setinggi dirinya di hadapan Si Dia yang sedang bersila diatas rumput mengadapnya.

"tak acilah macam ni, mana ada orang memujuk perempuan merajuk panggil turun dari bilik. Tapi tak sangka guna cello, nice."

"Ini double bass lah." Si Lelaki tersenyum.

******

Si Dia mencadangkan mereka berpiknik di tepi pantai memerhati lautan luas dan keindahan matahari terbenam. Si Lelaki kata; "terlalu overrated"

"Ok, di taman bunga?"

"terlalu corny"

"Ok, ada cadangan lain?"

"Ada, tapi awak kena bersabar sedikit."

Lalu bermula dari hari itu sehingga satu bulan, Si Lelaki akan pergi ke pantai dan mengisi beberapa beg plastik kecil dengan pasir. Kemudian setiap hari ketika waktu rehat di pejabat, Si Lelaki akan naik ke bumbung bangunan pejabatnya yang setinggi 25 tingkat dan menaburkan pasir yang diseludup keatas lantai bumbung mengadap arah matahari terbenam. Genap sebulan dan satu minggu, si Lelaki membawa Si Dia ke atas bumbung pejabatnya, di satu sudut yang menghala ke arah matahari terbenam yang lantainya dipenuhi hamparan pasir pantai seluas untuk menempatkan dua kerusi malas dan satu payung besar.

Si Dia kata ingin sekali memijak pasir pantai berkaki ayam tetapi pasir disitu terlalu panas dijemur matahari lalu mereka terpaksa memakai selipar.

Ketika tiba-tiba Si Lelaki terasa hendak kencing pula, pintu masuk ke dalam bangunan terkunci dari dalam.