Temu janji makan malam bercahayakan lilin adalah perkara paling membosankan sekali di dunia. Ianya pura-pura dan terlalu picisan bagi mereka. Ianya merosakkan keseronokkan bercinta. Lalu suatu hari mereka merancang misi untuk menyelamatkan dan menyedarkan beberapa kumpulan pasangan disebuah restoren mewah makanan itali tentang erti sebenar sebuah perhubungan.
Setelah tempahan dibuat untuk satu meja hanya untuk mereka berdua. Mereka berdua bersiap dengan sut dan gaun malam paling cantik dan segak. Si lelaki akan membeli bunga, Si Dia pula akan berlakon terkejut dan terharu. Mereka akan berkepit lengan menuju ke arah restoren, terukir senyuman dan mengenakan tongkat dan kaca mata hitam seperti pasangan buta.
Setelah ditunjuk arah pelayan restoren pada meja mereka, mengambil pesanan dan menunggu dihidangkan, mereka akan memerhatikan setiap meja pasangan lain disekeliling mereka disebalik kacamata hitam mereka. Setelah mengenal pasti pasangan yang paling mengjengkelkan sekali, mereka pun bertindak.
Tiba-tiba Si Dia terus berdiri sambil menepuk meja dengan telapak tangannya.
"How dare you!" katanya marah dan berpura-pura.
Spontan sebagai reaksi atas kemarahannya itu, dia meraba-raba gelas minuman dan menyimbah isinya pada arah yang disangka Si Lelaki berada, tetapi sebaliknya terkena pada muka seorang perempuan di meja bersebelahan yang sedang makan malam romantis bersama pasangannya. Pasangan yang dikenal pasti mereka sebentar tadi sebagai mengjengkelkan.
Jadi kononnya temujanji romantik mereka itu sudah berakhir dengan salah faham, lalu Si Dia terus menuju ke arah pintu keluar restoren, teraba-raba berlagak seperti orang kurang upaya penglihatan, melibas meja pasangan lain dengan tongkat orang butanya.
Menjerit mereka keperitan apabila kaki-kaki mereka dilibas sambil Si Dia pura-pura meminta maaf tanpa henti sambil meraba jalan ke arah pintu keluar. Pasangan lain tergamam.
Si Lelaki pula setelah meninggalkan sejumlah wang diatas meja berusaha mengejar Si Dia yang berlakon merajuk dalam langkah yang gelap dan teraba-raba juga, mengulangi aksi melibas tongkat dan melanggar meja setiap pasangan dalam laluannya. Disebalik keluhan dan makian orang dia tidak putus meminta maaf.
Setelah mereka keluar dan berada jauh dari restoren, barulah mereka melangkah dan berlari seperti biasa sambil ketawa puas. Puas kerana malam itu mereka telah melakukan satu perkara yang baik dan mulia kerana membantu menjadikan makan malam romantik setiap pasangan direstoren itu yang hampir sempurna lalu membosankan, dan mungkin dilupakan, menjadi yang paling tidak sempurna tetapi paling istimewa dan paling diingati dan suatu hari nanti mereka akan sedar kerana ketidaksempurnaan itu ia akan menjadi kenangan yang paling manis buat mereka.
5 comments:
thank you for writing this beautiful story. I forgot how fulfilling love stories can be.
err.. i hope you're not being sarcastic
no, of course not.
i have been following your blog since..forever.
ok :). it's just that i think this is like my least beautiful entry
no, really? does this suggests that I have bad taste? haha, kidding.
Post a Comment