Hari ini hari isnin, aku off. Setelah mencuba empat hari tanpa internet, kononnya untuk tumpu menulis novel sulung, akhirnya rasa macam celaka. Bukan ketagihan untuk bersosial siber, tapi perlu untuk google dan wikipedia bahan rujukan dan kajian untuk cerita novel. Maklumat percuma dihujung jari, buat apa nak beromantika dan membuang masa ke perpustakaan membuka ensiklopedia tentang pil triptan dan celexa dan komplikasi serotonim. Walaupun hanya 1/100 masa diperuntukkan untuk rujukan, selebihnya meluncur perkara yang bukan-bukan, kesudahannya tak sampai 100 patah perkataan terhasil dalam masa dua hari.
Lalu untuk mendapatkan kembali akses internet, perlu bayar. Perlahan, lembab atau sebangang manapun khidmat yang ditawarkan tetap tidak percuma. Dari rumah aku ada tiga destinasi yang wujud Maxis Centre. Pertama arah pekan Banting, kedua Bandar Baru Nilai dan ketiga Alamanda Putrajaya. Jarak ketiga-tiganya adalah lebih kurang sama.
Sebab rasa diri terlalu kool untuk lepak Banting, Bandar Baru Nilai pula tidak cukup hip, jadi Alamanda menjadi pilihan terakhir. Satu tentang Alamanda, setelah lebih setahun ianya menjadi shopping komplek dan panggung wayang paling hampir sejak aku berpindah, hari minggu (Isnin - Jumaat), terutama ketika rehat tengahari (atau kadang-kadang seperti setiap masa) ianya akan 'diselubungi' oleh segerombolan wanita dan gadis berbaju kurung dan pemuda berkemeja dan berseluar 'slek' (sampai sekarang aku kurang pasti ejaannya).
Seperti 'sekawan' lebah (atau lalat) mengerumuni setiap penjuru Alamanda. Mendominasi jauh lebih banyak dari jumlah pelawat yang berpakaian kasual dan 'memang-dressing-nak-lepak-shopping-komplek'. Ini ialah satu permandangan unik yang istimewa hanya di Alamanda, tidak seperti mall lain di Malaysia.
Mungkin hanya perasaan aku, kadang-kadang rasa rimas, terutama bila aku berseorangan, terasa seperti mereka melirik aku dengan pandangan hina, mungkin kerana terserlah aku bukan dari kalangan mereka, berseluar jeans koyak atau berseluar pendek dan memakai selipar dan t-shirt pada hari Isnin, bukan hari minggu. Mungkin pada mereka hidup aku tiada masa depan dan tidak terjamin. Celaka betul pekerja gomen. Dan semenjak Alamanda menjadi destinasi rutin, aku semakin berbulu dengan pekerja kerajaan dan penjawat awam.
Kerjaya aku selama lebih lima tahun tidak memerlukan aku berpenampilan kemas dan dressing smart ke tempat kerja. Sikat rambut pun tak perlu. Tiada rakan sekerja perempuan untuk bertukar gossip dan membuat tempahan kuih raya. Tidak perlu menjaga imej korperat. Uniform hanya untuk menunjukkan keorganisasian syarikat kepada pelawat. Aku tiada hari minggu, hari minggu aku boleh menjadi hari apa sahaja setiap minggu. Waktu kerja aku 12 jam sehari. Tapi aku yakin gaji mereka hanya setengah pendapatan bulanan aku. Malah aku bayar sebab setiap bulan dan tahun gaji aku kena potong untuk cukai pendapatan.
Bukan aku benci semua orang gomen, mak bapak dan semua adik-beradik aku juga penjawat awam, cuma mungkin orang gomen di Alamanda, kerana mungkin mereka ada rasa mereka sedikit istimewa, the special one, the special breed, sebab mereka penjawat awam yang bekerja di PUTRAJAYA. Ada semacam satu pride disitu, kot. Pundek ah.
Kadang-kadang dengan tag nama masih tergantung dileher, dengan blazer rasmi mereka, shinny and pressed slacks and those stupid pointy leather shoes. Selalunya pada awal bulan akan memenuhi restoren fastfood eksklusif (dapat gaji) dan semakin dipenghujung bulan hanya lepak KFC dan mungkin McD (a rare luxury).
Aku yakin pegawai berjawatan tinggi tidak akan habiskan waktu lunch hours lepak shopping komplek, tidak mempunyai terlalu banyak masa santai untuk masih sempat window shopping atau tengok wayang. Sebab memang jarang nampak golongan pakai smart yang berumur berjalan beramai-ramai dan dalam kumpulan lelaki perempuan. Mulut bising dan ketawa kuat.
Kerana mereka memandang hina aku, aku jadi malas nak mengorat, walaupun ramai yang sedap dipandang. Jadi jangan cuba terangkan pada aku pepatah jangan hakimi buku melalui kulit kerana mereka pun sama.
Lebih-lebih lagi bila aku terpaksa berhadapan dengan 'mentaliti kerajaan'. "Kerja gomen ni bagus, senang buat loan, susah kena buang kerja, hidup terjamin". Bila suruh kahwin mak suruh cari pekerja kerajaan.
Seperti terlalu dimanja. Mula jadi mengada, buat kerja lembab dan malas (ok bukan semua). Pekerja swasta dan persendirian macam aku diajar untuk bekerja keras dan mengumpul duit untuk membeli apa yang dihajati. Maklumlah nak buat loan susah. Mahu duit lebih, kerja lebih. Barulah terasa you earn your money. Barulah terasa ke-manhood-an (atau ke-womanhood-an) nya. Prestasi kerja perlu dijaga dan meningkat, jika tak mahu dipecat. Kalau layak maka cepatlah naik gaji, tak perlu tunggu konfirm sampai bertahun-tahun dan ambik peperiksaan.
Yang paling best, boleh rebel dan kutuk kerajaan sesuka hati. Baru terasa hidup bermakna dan 'hidup'.
Begitulah pengalaman saya hari ini, hari Isnin pergi ke Alamanda Putrajaya.
No comments:
Post a Comment