Wednesday, February 2, 2011

Power Distance Index

Senior Superintendent aku ialah seorang warganegara India dari Mumbai. Sudah hampir dua tahun dia menetap di negara ini dan bekerja di loji setahun jagung (which is by now, no longer setahun jagung, more like 4 tahun jagung). Mari kita namakan sahaja dia dengan nama samaran Villaz sepanjang nukilan ini. Villaz sudah belajar beberapa perkataan melayu seperti 'makan', 'satey' dan 'nasi goreng' serta digit dari satu hingga sepuluh. Bahasa utamanya ialah Hindustan dan kami semua berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Cuma, bahasa inggeris Villaz dalam loghat pekat hindustannya amat sukar difahami. Sesudah hampir dua tahun, barulah kini aku sudah mampu menangkap butir perkataan inggeris yang disebut oleh Villaz.

Pekerjaan menjaga panel sebuah loji pemprosesan kimia, komunikasi adalah sangat penting, ini bukan one-man job. Perlukan koordinasi antara pekerja kerana aku perlukan all the help I can get. Miss-communication spells disaster. Selain loji boleh trip dan kerugian jutaan ringgit, aku juga mungkin mengakibatkan kecederaan atau kematian orang dibawah penyeliaan aku. Jadi radio komunikasi adalah lifeline kami. Ditambah dengan keadaan diluar loji yang bising, one really need to speak out loud and clear. Kuat dan juga jelas maksudnya. Dan jika aku minta Villaz mengulangi apa yang mahu disampaikan kepada aku berulang-ulang kali seperti orang pekak, hingga merimaskan dirinya sendiri dan menaikkan kemarahannya, memandangkan dia juga adalah superior aku, jadi kadang-kadang terpaksa juga jujur; "I don't mean to be rude Villaz, but you need to repeat that again" atau kadang-kadang aku juga sendiri yang naik rimas dan tertekan, lebih-lebih lagi ketika saat kritikal dan kecemasan, terlepas juga bahasa kurang ajar; "what?!! I can't understand you, speak english!"

Mujurlah, bos aku itu sporting. Dia faham, we have communication issue.

Dan masalah kami bukan semudah masalah bahasa, atau bad english, ia lebih rumit dari itu, ini ialah masalah loghat yang tak akan hilang walau bertahun pun dia menetap disini. Dan pronausiasi aku juga tidaklah begitu amerika juga untuk Villaz terikut ikut. English loghat hindustan yang berloghat melayu atau singlish, dua logat yang berlapis-lapis. We end up confused and yelling at each other like madman.

But, there's come a point when yelling at each other like a madman adalah jalan penyelesaian paling baik untuk masalah komunikasi. Untuk memecahkan kebuntuan kerana kurang kesefahaman. Eventually kami berdua belajar untuk bertenang, kerana dalam situasi cemas tidak bagus untuk timbulkan tekanan dan panik. Yang paling penting, aku masih tahu menghormati orang atasan walaupun ada keperluan untuk bersuara dan mencabar kerana hilang sabar bila perlukan bantuan, bantuan pulak cakap lidah berbelit-belit. Lebih teruk bila disalah anggap tidak tahu membuat kerja atau mengikut arahan.

Bercakap mengenai menghormati orang atasan, ada satu kajian dari seorang ahli psikologis Belanda, Geert Hofstede (yang terkenal dengan Dimensi Hofstede) tentang kesefahaman pekerja dalam satu unit organisasi, terutama dalam persilangan budaya dan bahasa. Hofstede telah merumus beberapa dimensi yang diguna pakai hingga hari ini. Antara yang paling terkenal dan menarik ialah 'Power Distance Index' atau PDI. Ia mengukur tahap manusia menilai hierarki, atau sejauh mana sesuatu budaya itu menghormati pihak berkuasa, pihak atasan dan seniority. Hofstede mendapati, setiap negara mempunyai nilai PDI-nya yang berbeza, bergantung kepada budaya masing-masing.

Negara Asia, terutama Asia Tenggara, mempunyai nilai PDI yang tinggi. Ini bermaksud kita memang tahu cara menghormati atau sangat memandang tinggi orang yang lebih tua, senior dan berkuasa. Cakap berlapis dan berkias. Tidak meninggikan suara. Negara barat, terutama Amerika, mempunyai nilai PDI yang rendah. Mereka lebih terbuka dan berani mempersoalkan pemimpin, menyuarakan pendapat dan kesangsian. Dalam keadaan betul, sifat menghormati hierarki mungkin ada kebaikan dan keindahannya. Dalam situasi sebuah pertubuhan atau organisasi yang dinamik, nilai PDI yang terlalu tinggi tidak bagus juga. Orang bawahan takut menyuarakan pendapat dan ketika dalam keadaan kecemasan, tidak berani untuk kedepan memikul tanggungjawab sebagai ganti jika senior kelam-kabut. Tidak bagus juga jika senior berlagak sangat sebagai ketua, tidak boleh ditegur lansung dan fikir diri sentiasa betul.

Budaya yang rendah nilai PDI, pemimpin mereka 'malu' dengan pemilikan kuasa. Jika boleh mereka mahu menyembunyikannya. Itu sifat dan budaya bagi sebuah kebudayaan yang mempunyai nilai PDI yang rendah. Contoh PM Austria (negara nilai PDI rendah), menggunakan kereta biasa untuk ke tempat kerja dan PM Belanda juga pernah bercuti didalam kereta kabin di sebuah tapak perkhemahan di Sepanyol. Budaya sebegini, amat jarang sekali bagi sebuah negara yang nilai PDI-nya tinggi seperti malaysia dimana pemimpinnya suka berkereta mewah dan berumah mewah dan isteri mereka gemar bercuti dinegara eropah di hotel lima bintang, bagi menunjukkan status dan kuasa.

Villaz fortunately, mengamalkan budaya rendah PDI, dia menghormati orang bawahan, menerima pendapat dan menganggap kami sebagai kawan. Secara tidak langsung ini sedikit sebanyak mengatasi masalah komunikasi antara kami. Villaz tidak mudah melenting apabila ditegur dan faham kenapa kadang-kadang aku meninggikan suara kerana tertekan dalam situasi cemas. Sebenarnya budaya kerja di loji kami (Lion DRI) adalah budaya rendah PDI. Aku tidak pernah memanggil rakan sekerja yang lebih tua dengan panggilan abang atau memanggil Villaz sebagai 'Mr. Villaz'. Seniority tidak begitu ketara dan kami semua mampu bergurau sebagai rakan, bukan orang atasan atau bawahan. Semua orang adalah setaraf.

Thank god.

Tidak seperti loji pertama yang aku kerja dahulu, nilai PDI nya sangat tinggi dan jiwa rebel aku hanya mampu bertahan selama dua tahun disana.

No comments: