Saturday, November 29, 2008

S Lima

2003

Menyelinap ke dalam dunia asing, bergerak bebas tanpa disedari, tanpa dipedulikan, dalam kepompong selamat aku sendiri, keluar dan masuk darinya sesuka hati aku, menyebarkan aura misteri, adalah satu perlakuan dan perasaan yang paling empowering.

Tapi sekejap je, lepas tu dia rasa jadi macam lonely.

Sekali sekala lari dari kelompok aku, berbual dan berbicara, perkara yang sama

Over and over again. Kerana jika kita berkata selainnya, dipandang serong dan tidak diterima. Bosan. Aku sudah ambik keputusan, untuk terus meneroka, kerana hanya babi yang suka duduk diam. Cepat berpuas hati.

Okaylah, setelah dikhianati sistem pendidikan negara, aku tinggalkan ibukota, aku tinggalkan Lembah Klang dan segala tarikan duniawinya, aku tinggalkan dunia senibina dan landskap, aku tinggalkan segala falsafah, hedonis dan aprisiasi seni mereka, aku tinggalkan politik radikal dan utopia mereka, aku tinggalkan semua kenangan..

Mulakan hidup baru, sebagai bayang-bayang dan manusia halimunan

Dan belajar perkara baru, perkara yang mudah, tidak memeningkan kepala dan terlalu berat terutama untuk golongan artistic seperti aku, serta less complicated

perkara seperti Kejuruteraan Kimia.

.......

Sudah hampir 10 bulan, tiada panggilan, tiada SMS, tiada khabar berita, seperti dilupakan,

Ahh pedulikan. Biorkan dia bahagia bersama pilihan hati. Aku sendiri terlalu ego dan bermaruah untuk membuat panggilan

Jika begini penyudahnya, aku redha. Lebih baik begini, akhirnya aku bebas menentukan hidup aku, tanpa diselubungi bayang-bayang dia.

Aku nak belajar rajin-rajin. Tak mahu main-main seperti dahulu, aku nak jadi nerd, aku nak jadi bukan siapa-siapa. Siapa yang ganggu aku study, aku akan caci ibu-bapa termasuk kekasih mereka, serta siapa-siapa yang berada dalam vicinity mereka.

Jadi mulai sekarang, hanya buku tebal penuh dengan formula depan aku ini sekarang akan menjadi teman setia aku.

.......

Nenong..nenong.. tiong..tiong... Nokia 3310 berbunyi.

Nombor yang tak dikenali muncul.

Keparat mana pulak yang berani ganggu aku mentelaah ini?

Aku: "hello! tolong jangan ganggu hidup saya perempuan yang tidak dikenali, saya ada taste tahu?"

Pemanggil: "Hey! kau kat mana tu? Ni akulah S. Rindu ah kat kau!"

Ah sudah. Fuck.

Dan segalanya bermula untuk sekali lagi..

.........

S: "Kau buat apa kat Kuantan?

Aku: "membawa diri.."

S: "Owh.. ye ke...?" (suara macam cuak gila)

Aku: "Takdelah! Aku study la kat sini"

..........

S: "Telefon aku hilang lah. Menggelabah gila semua contact numbers hilang..."

Aku: "Ow ye ke? Patutla aku try call banyak kali tak dapat (tipu). Habis tu mana kau dapat nombor aku ni?"

S: "Adalah... I have my resource.."

..........

Catching up lebih kurang and then,

Aku: "Oklah aku nak sambung study laa.. next week test."

S: "Owh sorry ganggu, study elok-elok, jangan main-main cam dulu..

Aku: "Okay mak.."

S: "hey!"

Aku: "Apa?"

S: "Simpan nombor ni tau?"

Aku: "tau.."

S: "hey!"

Aku: "Apa?"

S: "Call me okay.. sometime. I miss you..."

Klik. Hang up.

Aku tutup buku tebal penuh dengan formula. Bukak laptop, sumbat earphone kat telinga, layan lagu Mineral dan Explosions In The Sky.

Nak study abendenye bila dah emo...

Thursday, November 27, 2008

Entri Licik Untuk Sebenarnya Menyentuh Isu Semasa Tapi Buat-buat Macam Style Tulis Kisah Kehidupan Peribadi.

Ahli jiwa, pakar hal-hal mencari keindahan dalam ketidaksempurnaan, walaupun itu alasan paling lame untuk menjustifikasikan hidupnya yang menyedihkan, kerana mengakui diri tiada pilihan, pilihan bukan ditangan sendiri dan kemungkinan

dibenci para malaikat.

Hidup memang tak pernah adil oleh itu berpuas hati sahajalah akan keindahan yang tidak seberapa pantulan cahaya lampu pada lopak air di atas jalan.

Aahh,

Balik-balik pantulan cahaya lampu di permukaan objek bersifat pemantul,

balik-balik manik-manik hujan di kaca jendela,

balik-balik indah malam yang sunyi dibuai irama titisan hujan pada bumbung. Disapa hembusan dingin yang mendatangkan mood mellow.

Ah crap,

Bertapa mempersonanya palitan lumpur pada tubuh husky dan maskulin kenderaan mewah aku itu.

Ah hell,

Tiada yang lebih indah dari permandangan forklift kotor ditepi longgokan paip 21 inci.

Oh Lord,

syurga duniakah itu, disebalik kepulan wap air bercampur debu magnesium terhambur dari putaran kipas cooling tower, seperti mahu berada didalam pelukan mereka, macam ayam kukus.

Dan hemburan agen kanser dari mulut aku berkepul membentuk wajah perempuan-perempuan yang selalu mempermainkan perasaan aku, buat muka menganjing.

Aku buat muka rilek, layan permandangan indah tayar forklift. Apahal nak mengelabah dengan asap rokok?

Habis sebatang, kembali ke depan panel. Process Controller 2 tengah sibuk layan SMS. Suasana hening sedikit tanpa bunyi bising main blower dari arah plant. Kalau tak macam Boing 707 parking sebelah control room. Hanya tinggal Burden Feeder yang selalu trip setiap 20 minit, mengganggu tidur aku. Dasar Burden Feeder, nama seburuk perangainya.

Tiba-tiba terbayang wajah perempuan-perempuan yang selalu mempermainkan perasaan aku. Mereka juga burden feeder.

Menatap skrin LCD DCS mempamerkan permandangan indah, indah lagi, sini semuanya indah macam lahanat. Permandangan grafik interface seluruh proses sistem. Yang percayalah, tidak langsung seperti menatap imej pornografi.

Picit dahi, senaman rutin aku depan skrin DCS.

Ketahuilah makwe-makwe semua, seluruh industri pembuatan dan proses kimia sekarang tengah tenat, tengah gawat. Permintaan merudum, harga pasaran terlalu rendah, nilai saham jatuh. Pembekal dan pelombong mengurangkan operasi. Rakan-rakan seindustri sibuk bertanyakan kerja kosong, kilang mereka juga sedang krisis, curtailment sebulan lamanya. Segala insentif dan elaun dibekukan.

Lelaki kuat fizikal ini dilemma, perlukan perhatian.

Korang pulak sibuk gembira harga minyak jatuh? Lepas tu sengaja menduga perasaan gua tanya bila nak dapat bonus?

Dasar Burden Feeder!

Monday, November 24, 2008

Kemaskini Ekpres

Beberapa hari lalu aku pergi itu Bukit Binatang sana jalan-jalan dengan majlis tertinggi perseKUTUan. Sampai sana lepak-lepak itu tempat mapley juga depan MJ. Hari hujan lebat juga macam itu kucing sama anjing.

Tiba-tiba satu kali itu ada beberapa orang mamat remaja juga sudah bikin kecoh mahu gadoh-gadoh juga sama itu mapley punya pekerja. Tetapi aku tidak mendapat pendengaran yang jelas sebab apa mereka itu gadoh-gadoh juga, pada pendapat aku juga mereka itu ada gadoh-gadoh sebab itu perkara pembayaran-lah. Itu mamat remaja cakap sudah bayar tapi tidak mendapat pembayaran balik duit lebihannya. Itu mapley punya pekerja juga tidak mempersetujui tuduhan mamat remaja itu juga oleh itu mereka membuat pergaduhan.

Ah amende aku merepek style mapley ni. Aku tak suka la mempermainkan isu perkauman ni iskk! Not funny ok?

Point paling penting yang ingin aku tegaskan disini ialah:

Imaginasi aku ekoran dari insiden tersebut.

Aku cakap kat Rochang Noor, "lepas ni mesti diorang shuffle kan? Lepas gaduh terus shuffle"

Dalam kepala aku dah terbayang situasi:

mereka menuju ke depan MJ dalam keadaan hati panas dan membara, jalan mereka harus laju dan mendabik dada, harus bermegah dengan personafikasi "I'm the best, don't mess with the best".

Sampai depan MJ:

Remaja 1 : "Aku bengang betul dengan mapley tu tadi. Babi berani diorang cari pasal dengan melayu macam kita ni!"

Remaja 2 : "Itulah pasal! Kita ni dahlah melayu terkini, trendy lagi cool"

Remaja 3 : "Itulah, sialan punya bangsa pendatang. Aaahh aku tak puas hati,aku nak shuffle sekarang!!"

Tiba-tiba Remaja 3 shuffle kat situ jugak, di tengah orang ramai.

Remaja 1 : "Akupun tak puas hati!! semalam paper geografi SPM aku jawab macam sial! Ahh...! Aku nak shuffle jugak!

Remaja 1 pun join sekali shuffle tiba-tiba.

Remaja 2 tiba-tiba tepuk tangan kasi buat macam beat sikit, memberi galakkan pada rakan-rakannya.

Remaja 2 " "Uhh uhh yeah yeah, shuffle lagi! shuffle kuat lagi!. Ahh sial, aku pun bengang ni awek cheras semalam tak balas testi friendster aku! Ahh...!! aku nak shuffle jugak!

Akhirnya mereka bertiga shuffle di tengah-tengah laluan orang ramai. Sungguh passionate sekali sampai kelihatan air mata mula membasahi pipi mereka.

"yeah yeah uhmhh uh uuhh yeha yeah, gempak sial korang shuffle yeah yeah..!" Remaja 2 tak henti-henti memberi galakkan sambil shuffle sekali.

"yeah yeah uhmm uhh uh..!".....

.......................

macam setan.

Sunday, November 23, 2008

WhhuuiiiissshhhHHHHhhhh..

Kini kembali. Babi, ini blog sedap macam neraka.

Thursday, November 20, 2008

Dugaan Dan Cabaran Hidup 8

Antara benda paling sweet seorang makwe pernah buat untuk aku ialah:

Tolong bakarkan rokok aku kat mulut dia pastu passing kat aku ketika aku sedang memandu.

S haram tak pernah buat macam tu untuk aku

Oww ya, suatu ketika dulu dia pernah warning aku jangan cuba-cuba hisap rokok,

dan malas belajar,

dan suka-suka tinggal solat.

oh well, seperti kata mereka,

you may have lost a lover, but you gain a best friend,

and a MUM!

sigh,

Monday, November 17, 2008

S Prequel.

Aku picit-picit hidung tahan nak terbersin. Cilakak buku berhabuk penuh dengan huma berserta mikroorganisma. Taulah buku subjek Botani, ini siap sekali dengan sampel-sampel fizikal. Biasanya aku jenis yang tidak menahan apabila terasa hendak terbersin, it's a blessing. Pandai-pandailah aku cover dengan tangan dan menghala ke kawasan yang bebas dari orang ramai. Tapi kali ini ada makwe didepan aku jadi aku terpaksa, demi memuaskan tuntutan alam, harus mengawal kekacakkan.

Mungkin aku orang pertama mengambil buku tebal dan berat itu dari rak-nya setelah hampir 15 tahun tidak disentuh.

Lelaki A pun satu, konon ajak aku temankan dia study di library besar dengan dua orang makwe. Tapi apasal tak beritahu awal-awal makwe yang seorang lagi itu, 'makwe yang ini!'. Kalau aku tahu, mungkin aku akan lebih bersedia dengan mengenakan pakaian yang lebih smart serta semburan wangian yang sepatutnya.

Walaupun sudah berminggu kelas bermula, itulah kali pertama aku berinteraksi secara begitu dekat, direct dan rapat dengan 'makwe yang ini!'. Mungkin aku patut berterima kasih pada Lelaki A kerana peluang ini.

Pilihan buku tebal dan berat serta berabuk bukanlah kerana pengarangnya berpengaruh dalam bidang Botani, tetapi lebih kepada sebab, aku boleh tegakkan buku itu diatas meja, kemudian menyorok dibelakangnya disebalik mukasurat yang memaparkan gambarajah ntah apa lumut yang mempunyai nama latin yang macam hot kalau bapak kita menganugerahkan kita nama yang sama.

Contoh: Sapa nama kamu?: Enrique Protazoa Englesias, ataupun Jennifer Porphyra Umbilicalis Lopaz. Ataupun Pipiyapong Cretaceous Calcareous Gonzales.

Botani bukanlah subjek kegemaran aku, dan study di library seawal jam 10 pagi di hari minggu, bersyukur sajalah umur aku masih panjang kerana aku telahpun ibarat melakukan perkara yang dikira 'buang tabiat'. Dan library besar itu, aku tidak begitu selesa berada didalamnya, ia sememangnya sebuah tempat yang pada aku, adalah agak 'spooky' dan sumpah aku tak berani study seorang diri disitu di tempat meja yang tersorok. Aku sering terbayang kelibat 'pelajar' berambut panjang yang menutupi sebahagian wajahnya, berlegar diantara rak-rak buku yang panjang dan tinggi, memegang buku yang berdarah, mungkin roh pelajar yang tensen belajar 75 semester pun tak grad-grad jugak.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan, library sememangnya merupakan suatu setting yang romantik untuk permulaan sebuah kisah cinta indah. Of kos, tanpa kelibat hantu di background yang menjahanamkan segala mood untuk bermadah asmara.

Di hari yang agak berbahagia itu, baru aku sadari, rupanya susah jugak nak konsentret pada pelajaran jika sebenarnya kita lebih konsentret pada ciptaan tuhan yang pada mata aku, cukup indah dan sempurna di hadapan kita. Itu belum lagi hal-hal berkaitan pengawalan kekacakkan serta aspek penonjolan karakter lelaki ilmiah.

Di hari yang agak berbahagia itu juga, pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku merasakan itulah 3 jam paling singkat pernah aku tempuhi di situasi berbentuk sesi pembelajaran. Tidak puas. Selalunya, apa-apa yang berkaitan sesi pembelajaran, seminit bagaikan selamanya. Almost unbearable.

Lelaki A mencadangkan untuk pergi melantak tengahari selepas selesai sesi 'gaya hidup pelajar universiti itu' di kafetaria berhampiran.

Kafetaria juga sememangnya merupakan sebuah setting yang sepatutnya romantik untuk permulaan kisah cinta indah. Of kos, tanpa gangguan kesibukkan kelibat manusia yang berpusu-pusu membeli makanan dan mengejar masa pada waktu puncak. Crowded seperti neraka yang menjahanamkan segala mood untuk bermadah asmara.

Tapi aku tak kisah, gua kan rock, tak perlu semua itu. Malah hati 'excited' semacam. Hati seperti meyakinkan, adakah ini harinya, apabila segala terbuku di hati akhirnya terbongkar? Adakah ini harinya apabila kisah hidup dan keperibadian diri akhirnya dikongsi tanpa perlu sempadan rahsia? Adakah ini harinya, apabila segala segan-silu diketepikan kerana akhirnya dinding ais berjaya dicairkan melahirkan bibit pengenalan? Adakah? Adakah?

Dalam hingar bingar, akhirnya kami berempat menemui meja kosong. Sebagai lelaki budiman, aku menawarkan iri untuk membeli makanan kami berempat. 'Makwe yang itu!' juga tiba-tiba kelam-kabut menawarkan diri untuk mengambil pesanan dan membeli minuman kami berempat. Nak jugak jadi perempuan berbudi bahasa. Taknak kalah dengan lelaki budiman.

Setelah bergelut lebih kurang merebutkan makanan dengan manusia kelaparan yang lain, aku kembali ke meja dengan membawa sedulang santapan tengahari kami.

Separuh jalan aku terdengar suara gadis menjerit diikuti dengan bunyi aauucchh! yang nyaring.

Aku toleh dan terlihat 'makwe yang ini!' tersimpuh di lantai sambil memegang pergelangan buku lalinya. Bekas minuman bersepai membasahi lantai, dan sedikit di atas pakaian 'makwe yang ini!'

Ibarat nangka wangi, jatuh terduduk terpijak lantai licin kerana berkasut tumit tinggi. Terseliuh pergelangan buku lalinya.

Kalau Lelaki A yang tergolek, aku pasti tergelak tanpa simpati. Tapi yang ini, tiba-tiba hati remuk dan hancur. Tergamam, tak percaya apa yang terjadi di depan mata.

Mungkin, bagi sesetengah lelaki yang licik, ini peluang untuk menjadi hero. Aku mungkin telah melakukan perkara yang hampir sama. Cuma aku tidak terfikir langsung untuk menjadi hero. Cuma tindak-tanduk spontan, setelah menyedarkan diri dari ketergamamam, untuk meletakkan makanan kami berempat di atas meja dan menuju ke arah 'Makwe yang ini!' dengan langkah teragak-agak, tidak pasti. Tiba-tiba sekeliling aku jadi kelam, aku terpaku tak tahu untuk buat apa-apa.

Aku tiba-tiba buntu, freaking out, semua ini terlalu sudden. Perlukah, atau bolehkah aku memegang tangannya, meletakkan tangan aku sekeliling bahunya, memeluknya erat untuk memimpinnya berjalan, mengurut pergelangan kakinya. menyentuhnya? Layakkah aku? OK kah dia diperlakukan sedemikian oleh aku? Tak disalah anggapkah tindakan aku nanti.Silap percaturan nanti aku disangkanya lelaki pervert.

We do not know each other that well

yet

Hancur.

Dalam drama pun, bila hero ustaz muda buat perkara yang sama dalam situasi yang sama, walaupun niatnya ikhlas untuk membantu, tetapi disalah anggap oleh manusia yang berhati busuk dan penuh dengan hasad dengki.

Ini bukan drama, ini kehidupan sebenar

realiti

realiti yang segala tindak-tanduk dan kejadian yang berlaku diperhatikan oleh beratus-ratus pasang bijik mata di kafeteria itu dan dihakimi mereka

Reputasi aku, is at stake, terutama di mata makwe-makwe lain.

Aku seperti putera kodok, dia ibarat puteri kayangan, so unreacheable. Aku hormat dia that much

Belum sempat aku menghampiri 'Makwe yang ini', Makwe yang seorang lagi yang bersama kami itu terlebih dahulu meluru ke arah 'Makwe yang ini'. Cuba memimpinnya bangun.

Ditakdirkan, untuk membuatkan situasi lebih komplikated, tiba-tiba muncul sepasang pensyarah suami-isteri, sepasang pensyarah yang dressing gila islamik. Yang lelaki berjanggut dan berketayap, yang perempuan pula berjubah labuh. Datang membantu 'Makwe yang ini!'

Peh, lagi lah aku kena cover line.

Oh tuhan, apakah ertinya semua iniii??!!!

Sepasang pensyarah suami-isteri alim pun membantu membawa 'Makwe yang ini!' ke klinik menaiki kereta mereka. Makwe yang seorang lagi itu ikut sekali menemani.

Aku dan Lelaki A? Berdiri tercegat sekadar mampu tolong pegang beg mereka. Takkan nak ikut sekali satu kereta, kang kena ceramah agama pasal pergaulan rapat lelaki-perempuan bukan muhrim kang saja je.

Rasa macam loser gila

Hari yang sepatutnya membahagiakan itu, hari yang kononnya akan memulakan detik-detik perkenalan kami,

hancur mengalir ke dalam longkang busuk kafeteria.

Aku mula terpikir, adakah ini pertanda, bahawa aku dan perempuan yang namanya bermula dengan huruf 'S' ini memang tak ada jodoh

Ataupun petanda, perempuan ini akan menyusahkan aku, menjadi beban dan tanggungjawab aku nanti, for as long as i know her. Dan bersamanya?

.................................................................

Sampai sekarang, aku mungkin ada sedikit rasa menyesal. Kalaulah aku tak terlalu memikirkan pandangan masyarakat dan reputasi diri. Mungkin itu baru sikit tuhan nak testing aku.

Tapi overall, aku rasa, all is not lost. The next day, aku terima ucapan terima kasih dari S. Walaupun sebenarnya aku tak buat apa-apa pun. Dan hari-hari berikutnya kami semakin rapat dan dia pernah beritahu aku, akulah kawan paling baiknya selama ini.

Dan aku tahu, kepada pembaca setia blog aku, you know how the rest of the story goes. Well, sebahagian saja. Gila apa nak cerita semua. Kantoi dengan S dan mereka-mereka yang mengenali kami nanti mampos aku.

Cukuplah peristiwa dikejar bekas tunang orang, dikejar bekas-bekas balak S nanti mana aku nak lari?


Thursday, November 13, 2008

Analisa Mendalam Saya Pada Ramalan Awal Demografik Politik Dunia Selepas Obama Menjadi Presiden Kulit Hitam Pertama USA

Rumah pangsapuri aku ada balkoni yang agak luas, boleh taruk kerusi malas satu lepas tu boleh taruk kaki atas meja kopi di hadapan sambil menghabiskan waktu-waktu terluang dengan membaca katalog IKEA. 

Dekat sebelah aku masih ada ruang untuk jemur pakaian basah dan dua kerusi untuk pendengar yang ingin mendalami ulasan berbentuk nihilis dan eksistensial aku hasil dari pembacaan katalog IKEA. Bila orang pintar berbicara, hanya binatang saja yang tak mahu tumpukan perhatian. 

Permandangan focal point adalah sebuah bangunan terbengkalai beserta semak-samun disekitarnya. Penuh kehijauan. 

Bapaklah quaint-nya. 

Tatkala senja, lembayung memukau mewarnai langit. Deretan pencakar langit menggarisi horizon membentuk sillhouttes ibarat langsir sutera menyelubungi langit senja, hamparan indah menyambut tibanya malam. 

Dan apabila angin bertiup, menyentuh dingin pada kulit-kulit mulus tak tahan panas, menerbangkan dedaun dari taman-taman rumah jiran, pakaian-pakaian dalam mereka serta kahak manusia yang meludah dari tingkat atas,  

terbang, gracefully, bagai mengikut irama, jatuh di atas lopak di bumbung parking basement, disambut jentik-jentik riang, bermain di lapisan kaca jernih membalikkan jingganya mentari petang,  

fabrik lembut bertompok, tempat berselindungnya bahagian sulit, menyerap bekas air hujan, 

calm in its final resting spot 
  
zen-like, 

angin senja yang membawa manik-manik hujan, bertiup kencang dicelah-celah dinding konkrit bangunan pangsapuri yang rekabentuknya tak aerodinamik langsung, menghasilkan laguan paling sesuai untuk kesan khas filem bila ada scene ribut atau ketika Kassim selamat yang sudah buta kembali, tergapai-gapai mencari makwenya. laguan yang jika boleh dieja, akan berbunyi seperti ini: 

wwWWWWwwwwuuuuuuuuuuuusssssssss.... 

wwwwwwWWWWWHHhhhuuuuuuusssssssSSSSS..........  

wwwuuusss... wus, wus, 

wwwwWWWWWWWwwwwwwwhhhuuuuuuuuuuussssss...ssss...ssSSS.... 

wuss..wusss whuuiiissssss..... 

wwhhhuuuuiiissssss...ssss

...wwwwuuuu...whuuu... issss...ssss.... ........