Thursday, February 28, 2008

Apa Budak Baru Ajar Aku

Shift group aku ada orang baru, menggantikan seorang geng kami yang ditarik ke jabatan kejuruteraan. Seorang yang aku jarang atau tak pernah sebut namanya dalam blog ini. Bukan perwatakannya kurang menarik untuk dikongsi, cuma dia juga mungkin tergolong dalam manusia yang sama spesis dengan aku. Ehem.. modern. Mungkin juga membosankan kerana kami berkongsi perspektif pada dunia yang dianggap membosankan dan tiada yang excited untuk di-discover lagi. Golongan pemerhati. Orang-orang perasan sudah lama mengenal dunia, konon sudah lihat dan dengar semuanya, wise melangkaui usia. Kan bosan tu? Buat apa cerita perwatakan yang menggambarkan sifat dan kekurangan diri sendiri. Mahu kutuk takut terkena batang hidung sendiri. Jatuh saham weh. 

Aniwey aku ingin menceritakan tentang orang baru di dalam team syif kami ini. Aku juga sebagai operator paling junior diantara mereka-mereka yang lain, menjadi mangsa untuk diberi kepercayaan membimbing orang baru yang belum sedar dia telah membuat kesilapan paling besar dalam kariernya ini. Yang lain mahu lepas tangan, mahu lari dari guilty-conscious masing-masing. 

Si orang baru, aku malas menggelarkan 'budak', kerana faktor umur dan pengalaman, menurut penilaian awal aku, adalah golongan tipikal pekerja industri berat. Penuh kenaifan pada permainan dan penipuan dalam kehidupan, kurang kreatif menilai dan meneroka dan mudah menerima apa yang disogok dan takut meneroka jauh. 

Dia, si orang baru, seorang rookie 32 tahun, sementara aku, si hot shot 25 tahun.  

Memanglah aku hot shot, ini tempat aku (walaupun tiada sense of belonging walau seharam pun), aku lebih lama bekerja disini darinya. 

Orang baru, dibekalkan pengalaman lebih tujuh tahun di bidang industri pembuatan, cukup untuk membuatkan dia kenal selok-belok dunia yang perkara paling profound lagi deep sekali didalamnya, ialah suhu, halaju dan isipadu bahan-bahan kimia merbahaya. Makna kehidupan dirumuskan berdasarkan sifat kimia dan fizik sistem molekulnya, ataupun sensitivity control valve. Lebih mudah disebut sebagai kayu dan robot tidak berjiwa. Walaupun dia dari aliran mekanikal, makna kehidupannya mungkin dirumuskan dari kepanasan dan saiz bearing, gegaran grating, keketatan belting dan sprocket bermasaalah. Sama sahaja, mesin berat kilang bernyawa.

Jelas, jika dunia mereka hanyalah kerja dan berkaitan dengannya, 8790060 tahun pengalaman sekalipun tidak akan menjadikan mereka manusia witty dan wisdom full. Kecuali jika kamu datang disini semata-mata mencari rezeki dan pisahkan diri kamu dari dunia keluli-mesin-mekanikal ini dan bergerak didalam bubble kamu, keluar dan beredar disekitarnya sesuka hati kamu pada bila-bila masa, dan kembali selamat dan dilindungi didalamnya, sesuka hati kamu pada bila-bila masa. Hanya tampak sebahagian darinya, namun bergerak sebagai pemerhati dari luar. Rok weh!

"Kawan, saya sudah lama kerja banyak tempat, saya sudah tengok banyak jenis orang, tapi you ok aa.., manyak pandai"

Siapa disini yang ada pengalaman beratus tahun bekerja dan memahami serta mengenali segala jenis perangai manusia yang berlegar dalam dunia industri under the sun? Bukan aku. Sampai sekarang aku masih tak faham spesis ini dan sifat mereka. 

I fucking refuse untuk menjadi seperti dan sebahagian dari mereka. Dan mereka sudah pandang aku sebagai 'pelik' dan 'berbeza'. Kawan, diluar sana bersepah orang macam aku. They're the one who make me who I am. 

Jika hanya di tempat kerja dia berpendapat dia mampu menemui segala jenis-jenis manusia dan merasakan diri mereka sudah matang kerana itu, jelas sekali dunia dia hanya berkaitan dengan kerja.

Disebalik kerumitan dan complexity kira-kira serta pengaturcaraan dunia industri dan kejuruteraan, setiap dari jenis manusia yang terbabit dalam dunia industri ini adalah diibaratkan mikroorganisme mudah. Hidupnya ibarat logik DCS yang sudah di pre-program. Semuanya diceduk at the surface, tiada depth. Sedih aku terpaksa berkenalan dengan seorang lagi produk hasil pendedahan dan ketaksuban dunia industri.  

"Kawan, dulu bapak saya ada business, dia ada lori satu. Dulu kalau saya tak pergi belajar mesti saya sudah kaya sekarang, ada 2 bijik lori"

Peh gila deep mamat ni, terlalu insightfull pemikirannya. Bilalah aku akan jadi macam dia, mungkin aku perlu bekerja di Pintu Neraka 3457789008700 tahun lagi. Terima kasih kerana mengajar aku kehidupan akan lebih mudah dan kurang rumit melalui teori logik dan bukan melalui falsafah yang tiada masa depan tu. 

Akupun dah penat berfikir. Suka hati kaulah!  
       

Tuesday, February 19, 2008

Bukan Ulasan Lebih Kurang: Explosions In The Sky Live @ Ruums - Part 1



Semalam, antara hari paling indah dalam hidup aku. Walaupun dalam keadaan tidak berapa sihat namun kugagahi jua demi melihat salah satu keajaiban dunia ciptaan manusia abad ini. Mungkin tuhan masih menyayangiku kerana berkat kesihatan yang kurang memberangsangkan yang dikurniakan kepadaku pada hari semalam, telah membantu aku tak perlu bersusah-payah nak reka sakit apa untuk menipu doktor mintak mc. 

Jika orang tanya aku, band apakah yang namanya paling menggambarkan sekali musik yang dibawa mereka, Explosions In The Sky ialah jawapannya. Terus-terang aku katakan, menurut pendapat peribadi aku, nama paling 'KENA' untuk sesebuah band berdasarkan musik mereka. 'Langit', secara metaforanya, adalah sesuatu yang indah dan menenangkan. Menggambarkan sesuatu yang divine dan captivating. 'Letupan' di langit, sudah pasti letup beb, dan bukanlah sebarang letup melainkan letup-letup yang indah yang umpama turun dari langit. 

Mungkin ramai yang beranggapan aku terlalu taksub dengan band ini tapi percayalah, aku bukan dari jenis manusia yang mudah menyangjungi dan mengagumi apa-apa. Citarasa aku mungkin agak cerewet dan tinggi. Dan dengan berlagaknya aku mengakui bahawa bukan calang-calang band yang boleh membuatkan aku taksub dengan mereka.

Aku tidak membesar dengan mendengar EITS, band ini baru berusia 7 tahun dan aku baru discover mereka 4 tahun dahulu. Dikala aku kira ketika umur aku yang cukup matang dan liat untuk dengan tidak mudah, hina dan murahnya akan minat dengan sesuatu band. Ketika itu aku sudah burned-out dan bosan dengan semuanya dan tercari-cari sesuatu yang baru dan asli dan letup. Jadi segala ketaksuban ini bukanlah berlandaskan perasaan sentimental semata-mata atau atas dasar 'nostalgia' ke apa ke tapi pure appreciation and awe-impressed. Untuk band yang mampu membuat aku hooked hanya pada first listen, itu adalah pencapaian hebat.
  
Tiba di area sekitar Jalan Sultan Ismail seawal jam 6 petang aku dan beberapa rakan sealiran lepak dahulu pekena nasi lemak di gerai mamak tepi jalan apantah. Sambil-sambil menunggu ketibaan beberapa lagi rakan sealiran. Konon mahu masuk awal supaya dapat lokasi betul-betul depan stage.

Ketika beredar menuju ke arah Ruums Club kelihatan kelibat Micheal James baru turun dari Hotel Crown, cilakak berlari kami semua mendapatkan beliau, berlari jenis takde masa nak cover-cover punya, biar bersepah dan burok asal dapat menghampiri beliau sepantas mungkin. Kami bergambar sehabis habisan biar jakun tingkah lakunya peduli apa. Walaupun hanya dengan bassist EITS, but he's one of the, goddamn it!! Aku bunuh seisi keluarga kau kalau ko buat bunyi "ek elleee...". 

Line-up lain belum turun dari hotel. Aku dan seorang rakan pula sibuk-sibuk mahu menyimpan begnya didalam kereta aku di parkir. Dari tempat parkir kami terus menuju ke arah Ruums Club. Rupa-rupanya rakan-rakan yang lain sanggup makan dan lepak balik kat mamak tadi semata-mata untuk menunggu semua line-up EITS turun dari hotel. Sampai tak sempat nak bukak bungkusan nasi lemak berlari bersepah-sepah kesemuanya apabila melihat kesemua line-up EITS berada di depan hotel Crown. Sekor-sekor bergambar sekor-sekor. Mujurlah EITS bukan band rockstar terkenal mereka amat sporting dan modest sabar melayan kerenah tak senonoh mereka semua. Habis show rakan-rakanku tadi baru tunjuk gambar memasing, hati gua panas je. Cilakak!!

Ahh tak kira nak letak jugak gambar kat bawah ni, aku gambar sebaris dengan Micheal James, lahanat!
Band Projek Terbaru Micheal James - Explosions In Bali

Jam pukul 9 malam setelah kesemua ahli rombongan hadir (ada beberapa orang pegang tiket) barulah kami naik ke dalam Ruums. Pihak penganjur pula sengaja tak mau bukak pintu awal-awal barangkali takut manusia berasak-asak dan curi-curi masuk tanpa tiket. Paling aku tak puas hati, mereka simpan kesemua tiket tanpa mengoyakkannya, macammana aku nak tunjuk bukti aku pegi tengok konsert EITS live kat orang kampung nanti?!!

EITS muncul di pentas sekitar jam 9.30 malam, Ruums sudah hampir penuh dan kesemua manusia-manusia blessed dan bertuah di dalamnya bersorak semahunya melihat Munaf Rayani, Mark Smith, Michael James dan Chris Hrasky mengambil posisi masing-masing. Posisi yang sama setiap kali persembahan mereka dimana-mana.

Munaf selaku spokeperson EITS yang softspoken, akhirnya bersuara. Katanya mereka akan tunggu dulu sebentar sebab dia nampak ada ramai lagi orang sedang masuk ke dalam Ruums. Kalau Micheal Learn To Rock tu jangan harapla, peduli apa diorang kalau ko lambat, ko bayar tiket mahal-mahal ke. 

Bagi mengisi masa lapang, Munaf membaca beberapa patah perkataan bahasa melayu yang dia baru belajar. "Apa khabar, selamat malam, kami Letupan Di Langit.." Setiap perkataannya pasti akan membuatkan baik lelaki dan perempuan semua histeria. Nasib baik takde kutu yang ajar dia bahasa-bahasa kurang sopan. 

We waited long enough! Sape suruh mereka-mereka tu semua tu lambat, nak buat date dengan EITS mana boleh lambat, dengan makwe boleh la. Aku ambik posisi di tingkat atas untuk view lebih mantap. Ruums hampir dipenuhi seribu lebih manusia, manusia bercitarasa tinggi. Ada yang datang sejauh Thailand, Indonesia dan Singapura atau mungkin Brunei jika di sana ada manusia bertuah tersentuh hatinya dengan kemagikkan EITS. 

Tiba-tiba, Michael James memetik guitarnya (kekadang dia main gitar untuk beberapa lagu), diikuti dengan Munaf Rayani sudah mengambil posisi post-rock kangkangnya, crowd mula tak senang berdiri. Aku yang dari tadi sudah lama bersedia di posisi tingkat atas untuk view yang terbaik, this is it man!! The moment of our life. Mana yang bercouple mula berpegangan tangan, mana yang gay pun mengenggam erat tangan pasangan masing-masing, aku mula genggam dada aku menahan jantung yang berdenyut luar kawalan. Lagu pertama Your Hand In Mine, sebijik macam dalam mp3. Crowd semakin tak tahan semua menggila dan akhirnya, impian menjadi kenyataan. Explosions In The Sky Live di depan mata, depan mata yang hampir nak berkaca, berkaca kegembiraan bukan kepalang.... kami bersorak histeria semahunya, persetankan budaya ketimuran... 

sambung..   

Tuesday, February 5, 2008

Lebih Kurang Ulasan: Maskara 6

Semenjak menempah tiket ke pertunjukkan kugiran paling best di dunia, aku hilang minat untuk pergi ke mana-mana acara sehingga tarikh keramat tersebut. All else doesn't matter. Terutama yang berkaitan dengan musik, semuanya seakan bosan dan tidak membuatkan darah aku naik ke kepala. 

Namun masa lapang perlu diisi dengan aktiviti riadah yang seperti biasa, perlu jauh lebih unik dan eklusif dari tengok wayang ataupun pergi makan sea food dekat god knows what restaurant by the sea ataupun layan rumah urut. Aktiviti biasa bagi golongan pekerja loji industri berat ketandusan sosial on rotating shift. 

Nak dipendekkan cerita, pada 2 haribulan Februari berlansunglah acara Maskara 6. Aku haram tak tau apekebenda sebenarnya acara Maskara ni, malam puisi ke, malam gegak gempita ke, pertandingan memancing ke, parti liar ke, namun apabila aku dapat tahu ianya akan berlangsung di Rumah Pena, aku sudah tahu ianya pasti 'seni'. 

Tidaklah aku mahu bersikap prejudis kepada aktiviti-aktiviti sihat berlandaskan 'seni' walaupun aku sering 'nyilu' dan diserang perasaan yang sama seperti seorang bapa yang terpaksa dalam kehampaan, memuji persembahan nyanyian anak kecil kesayangannya yang memang jelas dan nyata takde bakat langsung semata-mata mahu menjaga hati dan perasaan. Tidaklah juga aku bermaksud 'khalayak' seni ini tidak 'se-berbakat' seperti apa yang aku harapkan. Bakat seni, sama seperti bakat-bakat yang lain, boleh digarap, dilatih dan digilap kerana tersembunyi di dalam diri setiap manusia. Bakat seni juga bukanlah sesuatu yang 'nyata' kerana sifat 'seni' itu sendiri yang bagaikan air sirap yang mengisi bekas cawan plastik kenduri kahwin dan mengisi lopak-lopak tanah apabila ada budak kecik tak pandai pegang cawan tertumpahkannya.

Gila seni penjelasan aku.

Apapun aku sering menganggap diri aku seorang yang realist dan seorang yang realist suka berpijak di bumi yang nyata dan suka untuk sedar akan kewujudan dirinya di mana dan sebagai apa. Benda-benda yang abstrak melemaskan aku. Alam yang begitu sukar difahami dan hanya melalui penafsiran sendiri tanpa kepastian yang nyata buat aku stress. Bila aku stress tiba-tiba aku nak kompos lagu electronica yang takde konstruktif yang nyata lagi seni.

Tak banyak yang aku nak highlight, kerana janji, janjiku pada sahabat, aku meredah jalan sesak meng-loading rerakan dari kampung halaman di Bukit Binatang yang serabut. Suka untuk meneroka scene-scene mikro yang diverse di Malaysia ini membuatkan diri terasa begitu hip dan tergolong dalam golongan the elite few.    

Gambaran pertama untuk rumah Pena pertama kali aku menjejakkan kaki didalamnya ialah "diorang taknak jual ke rumah ni?". Rumah beso vintage di tengah-tengah ibukota sungguh classy dan posh. Bayangkan betapa ivy league -nya aku strolling around Jalan Petaling bawak MG classic convertible kemudian parking depan rumah agam vintage. Makwe jangan cerita la, european!

Ok ok, rebiunya adalah seperti berikut:

Ada orang buat stand-up comedy (disebut secara kelakar sebagai komedi berdiri), orang tak berapa nak gelak.

Ada orang baca puisi

Ada band 'postpunk' (?) buat persembahan akustik. Ingatkan nak cover Minor Threat ke apa.

Ada orang baca petikan novel dan entry blog masing-masing.

Bahasa tinggi dan topik yang ke'nusantara'-an. Mungkin itu 'sastera melayu'. Ntah.

Ada orang buat magik, layan jugak.

Pipi rok and steady

Dan brader nama Mat Jan buat rhyming politik guna beat 'chiptune' dari handphone dia. Cool gila, jenis persembahan yang boleh buat orang jadi famous kalau letak dalam you-tube. Macam bengkel beatbox pun ada. 

Sindiket Sol-Jah ni mengikut pemahaman aku tidaklah sehardcore geng-geng Gapena ke orang-orang kuat sastera yang lain. Sering disebut sejak kebelakangan ini sebagai penulis generasi baru walaupun hanya Pipi yang agak kebaruan generasinya di dalam sindiket ini. Slogan mereka 'menyuntik pop di dalam sastera'. Aku hanya harapkan Mark Hodden dan DCB Pierre tempatan bakal terlahir jika benar bagai dikata. Jari bersilang.   

Series aku tak tau nak rebiu macammana lagi tapi overall aku agak layan dan kemungkinan tidak keberatan untuk pegi lagi sekali. Walaupun bukan koktail party di galeri seni dihadiri golongan elit dan penulis terkenal berpakaian 'formal' - which is by the way, ain't my thing. Maskara agak rok! Teruskan.


Thursday, January 24, 2008

Tuhan Masih Menyayangiku

Jika dimalam ini, walau Beyonce sekalipun mengajak aku berdua-duaan dibiliknya, aku tak peduli, malahan aku akan memakinya, berani dia berfikir aku akan miss ini,


dia


akan


menyesal


seumur hidupnya


jika dia berani halang aku dari menyempurnakan my very existence


Hidup tiada erti jika aku lepaskan peluang ini.




Monday, January 21, 2008

Balik Kampung, Rambo Dan Kehilangan Satu Lagi Ahli Keluarga

Hari minggu lalu aku balik kampung, sudah terlalu lama rasanya aku tak menjenguk melihat kawasan. Padahal baru Raya Haji lepas aku balik. Kalau kat god forsaken land sehari rasanya macam seribu tahun, kalau dah sebulan mana tahan beb! 

Tenang, tidak serabut, lay-back town, paling penting - ada jamming studio, ada manusia yang musical and literature conscious. Perfect setting untuk bakal penulis novel ataupun artisan seni lain. Tempat yang aku panggil home dan aku pasti akan balik ke sini suatu hari nanti makan duit pencen berkebun sayur dan membina roket peribadi didalam bangsal belakang rumah. My very own Austin ataupun Winsconsin. Siapa perlukan KLCC?
   
Mungkin Siti Nurhaliza, sebagai view untuk balkoni penthouse dia. 

Dan indon-indon untuk melepak hujung minggu.

Setiap kali aku pulang, rutin biasa untuk melepak bersama Kumprinx dan Mael ataupun mana-mana kutu Kuala Lipis yang tahu untuk pulang ke kampung. Selain jauh di lubuk hati, naluri matang aku yang jarang tersilap, tahu ada gadis-gadis kampung berbisik sesama sendiri tatkala melihat kelibat aku disekitar Kuala Lipis.

"Eee.. mamat tu balik la eee.. kalau la aku dapat nombor telefon dia..." Bisik mereka sesama sendiri diikuti dengan gelak ketawa kecil dan gedik.

Bak kata  John Hafiz , "Rimas I!".

Aku tahu rakan-rakan aku mesti ada projek bagus. Walaupun kami orang muda yang selalu membuang waktu melepak tak tentu hala tak ingat maghrib, namun kami memang tahu hala tuju kami, selalunya projek yang dirancang bersifat sihat dan dari jenis yang pasti mendapat sokongan wakil rakyat. Kami hidup untuk menikmati hidup to the fullest.
 
*** <---- (sekarang aku tengok ramai blogger style taip bintang macam tu untuk menghabiskan cerita dan perenggan macam Abang Neraka, aku pun tiru la, blogger la katakan, peniruan adalah lumrah)

Akhr-akhir ini,

Kekecohan yang tidak seberapa akan kemunculan kembali John Rambo di layar perak telah mengujakan aku dan rakan-rakan lain. Rambo adalah ikon sebaris dengan Gaban dan Ultraman, dan filemnya adalah berstatus cult, kami tidak layan Harry Potter seperti mamat-mamat lame yang lain. Walaupun ketika kesemua sequel filem Rambo yang lalu ditayangkan, kami semua masih memakai lamping dan tidak tahu berjalan lagi. 

Akupun membuat marathon filem Rambo 1,2 dan 3 untuk catch-up kembali memori filem klasik ini sebagai persediaan untuk sequel terkini Rambo, harap-harapnya hollywood tidak akan menjahanamkan filem terbaru Rambo. Jangan sampai Rambo tahun 2000-an ini pakai night vision dan GPRS sudah, Rambo yang true, hanya bergantung kepada pisau belatinya sebagai multi-purpose kit dan kompas yang tersembunyi di hulunya.

Juga jangan ada 'gadis Rambo' ala gadis James Bond, John Rambo tidak perlukan makwe kerana makwe akan melecehkan beliau menumpaskan segerombolan atau satu batalion tentera secara berseorangan. 

John Rambo is emo, anti-social, brutal, bertimbang-rasa bila perlu dan kami sentiasa menyokong pembabitan beliau dalam mana-mana konflik dunia. Jangan lupa filem Rambo 1 ada unsur peristiwa attica yang kuat dan tidak sepert filem aksi yang lain, Uncle Sly memang pandai berlakon, tidak seperti God Damn Jean Cloude Van Damn dan Arnold Swhazernaighuknfhjsler.  

***

Kepulangan aku ke kampung minggu ini disambut berita sedih pemergian Ayah De aku. Baru sahaja aku sebut cabaran tahun baru, kini takdir sudahpun memainkan peranannya. Di hari pemkebumian, antara sedar atau tidak, sudah menjadi kebiasaan atau tradisi keluarga aku yang besar, kami akan terlibat sebanyak mungkin dalam tugas menyempurnakan pemkebumian, dari mengangkat jenazah didalam keranda ke liang kubur, memasukkan jenazah ke dalam liang lahad dan tidak kisah sama sekali tompokan lumpur di pakaian kami menimbus liang lahat. Ini keluarga kami, biar kami yang lakukan ini walaupun tukang kubur sudah diupah. 

Melihat deretan kubur ahli keluarga kami ditanah perkuburan di kampung mak aku di raub, tiga orang arwah pakcikku, arwah Atuk dan Wan dan kini bertambah lagi satu. I am not counting again, i cannot bare to count how many grave it will be again this year or another year. 

Tahun ini, semakin kurang tangan yang perlu aku salam dan cium

Al-Fatihah untuk Ayah De aku, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

***

Thursday, January 17, 2008

Uncle Ramani

Di awal karier aku yang berimejkan lelaki macho berpeluh berbau 'lelaki' yang digemari wanita, serta dikotori gris dan karbon hitam membawa pipe wrench sebesar USS Ronald Reagan, dalam keadaan bersih ketika baru memulakan hari kerja, aku bersarapan di kafeteria loji semeja bersama seorang lelaki berumur lingkungan awal 50-an, berbangsa India, peramah dan fasih berbahasa melayu.

Dia merupakan seorang Safety Officer, pekerjaan yang banyak menyusahkan golongan teknikal menjalankan kerja mereka dengan langkah-langkah keselamatan yang remeh-temeh. Tapi safety first, aku tak pernah komplen. Jika yang lain berhasrat untuk kudung tangan dan kepala untuk dibangga-banggakan apabila bercerita kepada anak cucu mereka nanti, silakan. Aku masih menyukuri anugerah tuhan dilahirkan sempurna.       

Kebetulan hari kemerdekaan semakin hampir, ramai yang berbual sekitar topik hari percutian dan aktiviti syarikat sempena kemerdekaan. Tiba-tiba lelaki berumur lingkungan awal 50-an berbangsa india tersebut mencelah,

"Saya betul-betul sakit la, sakit hati tengok bendera yang diorang gantung kat tiang-tiang lampu tu, yang design jalur menegak dengan bintang dan bulan kat bawah, bendera negara apa tu? Tu bukan bendera Malaysia, bendera kita jalur melintang dengan bulan dan bintang sebelah kiri. Kadang-kadang orang yang buat banner bendera ni tak fikir langsung, langsung tak hormat bendera kita, suka-suka nak ubah, nak untung saja"

Teh ais yang aku minum tadi hampir keluar semula melalui hidung, tersentak melayu-melayu bigot di meja kami itu semua yang sibuk membincangkan hari cuti, hari kemerdekaan yang semata-mata hanya satu lagi hari cuti bagi mereka, tiada makna. Bagaimana seorang lelaki berbangsa india, yang selama ini dianggap hanya pendatang, penumpang, tahu menghormati dan menyayangi bendera negara yang sudah dianggap tanah tumpah darahnya.

Dulu aku punk dungu, tidak pernah peduli erti patriotism, yang aku anggap hanya menyemarakkan sifat bigotry dan perkauman, sebagaimana disempitkan maksudnya dan diterima oleh kebanyakkan melayu, melayu tolol.  

Tapi untuk yang ini, patriotism belum pernah sebegini indah dan murni pada aku. Hampir saja mata aku menitis air mata terharu, bangga, bangga sekali dengan lelaki berumur lingkungan 50-an berbangsa india ini. Bagaimana dia memalukan muka tebal melayu-melayu tak sedar diri itu semua.      

Mulai hari itu, aku automatik respect habis lelaki berumur lingkungan 50-an berbangsa india ini. Dialah Uncle Ramani. 

Monday, January 14, 2008

Kita Semua Kutu By Default

Kecekalan dan ketabahan manusia, manusia ‘biasa’ yang tidak didedahkan dirinya dengan pemikiran diluar konsep kehidupan manusia yang bukan pemberontak, konservatif, ortodoks, stereotype dan tradisional, walaupun menyedihkan tetapi menyentuh hati aku untuk berinspirasikan semangat mereka. Ketidakbolehan mereka menguasai kehidupan dan pemikiran mereka sendiri tanpa begitu mudah dipengaruhi unsur-unsur dan tekanan yang datangnya dalam sifat kebanyakan dan ‘majority’, masses dan diterima sebagai norma, tidak banyak memberi mereka peluang untuk bersifat ‘kreatif’ dalam memilih jalan hidup, citarasa dan meneroka serta membuat penafsiran dalam kehidupan. Apa yang mereka ada cuma kekuatan dan ketabahan untuk mengabaikan dan mengorbankan naluri ‘curiosity’ dan ‘adventurous’ mereka supaya mereka hanya perlu mengikut, conform sebaik mungkin untuk diterima masses. Mereka sebenarnya bernasib baik kerana mereka tidak tahu, tidak sedar dan berpendapat pengorbanan dan penerimaan perkara-perkara bosan itu adalah lumrah kehidupan, merupakan satu-satunya erti kehidupan bagi mereka.

Brader Mellow tersengih-sengih datang kearahku di smoking shed dengan harapan aku ada rokok lebih namun hampa kerana yang ada pada aku cuma kotak kosong, lu terlambat sikit bro, supplement ini hari cukup-cukup untuk aku seorang je.

“Tam, member aku cakap ada kosong kat Titan Chemicals, technition.”

 “Instrument ke Process?” Aku tanya balik

 “Instrument ada, process ada, mechanical ada…” Balas Brader Mellow

 “Titan eh…. Kat JB kan… jauh sangat la brader” Aku jawab secara kurang berminat.

 “Kalau pikir jauh memangla… aku dulu cakap jauh jugak masa kerja kat Kerteh dulu, last-last pegi jugak.” Brader Mellow membuat cantasan.

Aku sebagai self-claimer peneroka kehidupan sedikit tersindir dengan kata-kata itu tapi memikirkan nanti aku akan kerap berulang alik dari JB ke KL untuk maintain mengamalkan cara hidup separa socialite dalam kelompok kecil manusia bercitarasa alternatif mau rabak jugak pokek aku. Aku bukan jenis manusia yang mengabdikan diri kepada tugas kerana aku tidak begitu enjoy dengan konsep makan gaji semata-mata meneruskan hidup. Lagipun aku tidak begitu taksub dan tergila-gilakan dengan dunia industri kimia. Tidak kira bertapa industri ini cuba bersikap prihatin kepada environment, ia sebenarnya tidak dapat berselindung disebalik imej industri jahat yang hanya mahukan keuntungan yang sudah sinonim dalam sejarah industri kimia. Mereka tetap kapitalis, keuntungan yang pertama dan utama, menjadikan dunia lebih baik dan selesa, kebanyakannya adalah kebetulan. Menjadi technition juga bukanlah kerja yang paling cool di dunia ataupun membantu mengubah dunia, maksud aku insignificantly. Not that I care anyway.  

Seingat aku aku tidak pernah memberitahu hasrat hati untuk berhenti dan mencari kerja baru kepada Brader Mellow. Dari riak wajahnya aku tahu yang dia tahu, manusia mana yang tak perasan bila aku merenung jauh ke langit dicemari permandangan flare stack loji-loji industri kimia jahat, berseorangan di smoking shed tanpa mengajak rakan-rakan sekerja berkongsi dan 'potong' rokok bersama, bahawa aku sedang merenung masa depan yang tak lama di 'Pintu Neraka' ini. Lebih-lebih lagi manusia yang aku anugerahkan gelaran 'Brader Mellow', yang sememangnya lelaki sensitif dan sentimental.

"Kau muda lagi Tam, banyak lagi peluang ko boleh belajar, kenal tempat orang... cari pengalaman, cari peluang. Macam aku ni, aku dah lama keja sini, dah terlebih establish, susah kalau aku nak dapat semula gaji yang macam aku dapat sekarang, kalau kat tempat lain, kena start semula"

Aku hanggut kepala saja. Aku sebenarnya dah mula lali dengan hujah-hujah begini. It's all about choice brader, kalau itu sudah pilihan hati, sudah tentu tiada penyesalan. Just go for it!

Kemudian kami berdua terdiam seketika tak tahu nak borak apa lagi merenung ke arah langit yang sudah berubah warna keorenan dari sinaran matahari yang mula tenggelam di sebalik horizon kat pantai sana. Kelihatan sebuah kapal terbang sedang terbang rendah barangkali tunggu turn nak landing kat KLIA lebih kurang 4okm lebih kat Sepang sana. Permandangan biasa disini, pantai, sunset, kapalterbang cuba mendarat. Gila dah kira cukup kriteria dah tu kalau bandar tanah sumpahan ni untuk meinspirasikan penduduknya jadi artisan seni, penulis lagu dan penyair ala Bay Area. Namun haram. At least minah berkulit tan pakai bikini balut kain bercorak batik kat pinggang jalan-jalan kat kedai souvenir pun jadilah. Namun itupun haram. Haram takde.

"Kerja cam kita ni macam ni la Tam, tahan je la pressure, maki hamun semua. Kalau sabar memang berboloi, belum 10 tahun gaji dah ceiling."

Bro sedih bro, cukuplah itu. setahun aku kat sini dah macam 1300 tahun, lagi nak tunggu 10 tahun. Kalau berminat dengan segala dunia berkaitan industri dan kejuruteraan kimia ni tak kisah la. Jika lakukan benda yang kita suka, memberi kepuasan, free pun takpe. Aku dulu sekadar mencabar diri ambik course ni, mahu buktikan insan kononnya seni, otak kiri, mampu meneroka dunia logik sains dan kejuruteraan. Terus terang aku rasakan, jika kami yang memastikan ball valve sentiasa berfungsi, strainer tidak tercekik, transmitter tidak kaput, reactor tidak trip, memastikan plant sentiasa beroperasi 24 jam sehari, 362 hari setahun untuk memenuhi production demand and greed industri kimia jahat, pernahkan siapa peduli? They sucks the juices out of you, taking its toll on you, years after years. You gave so much and take so little. You are, my man. A good man that you are, all drained out, are the living proof of that.    

Aku tahu nasihat-nasihat orang berpengalaman seperti Brader Mellow adalah ikhlas. Budak hingusan seperti aku sering dianggap lemah jati diri, kurang daya tahan kepada dugaan dan tekanan, tidak cukup resilient. Susah sangat ke nak terima aku tidak suka digunakan, dipijak dan dianjingkan. Aku yang mengawal hidup dan nasib aku. Hanya aku sorang. Aku datang dari generasi yang tahu hak dan pilihan aku. 

Brader Mellow adalah antara manusia paling penyabar pernah aku jumpa. Soft-spoken namun tegas, dibesarkan ibu tunggal dalam penuh kesederhanaan, terpaksa membesarkan anak sulungnya yang autistik dalam keadaan waktu bersama keluarga yang terhad dan tidak menentu. Dari cerita-cerita silam ketika waktu mudanya, merantau jauh ke negeri orang, bagaimana dia gemar keluar bebas bersama rakan-rakannya yang digelarkannya sebagai 'huha', 'terjal' atau bahasa mudahnya 'liar'. Pernah menghilangkan diri seminggu memandu tanpa arah tujuan hampir ke seluruh pelusuk semenanjung berseorangan. 

'Hebat!' Itu hampir hidup yang aku impikan (kecuali yang permulaan perenggan tu). Tapi bagaimana akhirnya begini penyudahnya kehidupan seorang insan berjiwa bebas. Tragis?

Atau mungkin tidak? Apa budak hingusan seperti aku tahu? Nak buat rumusan konon.

Mungkin Brader Mellow telah menemui sumber kekuatannya, membuatkan dia mampu mengharungi segala dugaan dan tekanan hidupnya sekarang. 

Kepulangan yang disambut senyuman dan tawa riang anak istimewa lebih rewarding dari jutaan wang ringgit di dunia.  

Dan mungkin juga,

Brader Mellow telah melihat dirinya dalam aku semenjak aku menjejakkan kaki mencari rezeki di tanah asing dan tersumpah ini. Hanya manusia yang cintakan kebebasan mampu melihat jiwa yang restless jauh tersembunyi dalam susuk tubuh average-built, hanging shoulder, rambut jarang terurus dan berkaca mata ini. 

Aku masih berpeluang melakukan apa yang dia impikan selama ini. Perjalanan hidup aku masih jauh. 

Nasihatnya selama ini seolah ingin memberitahu:

"Pergilah orang muda, pergi mencari benda yang kau perlu cari. Jangan hamba abdikan hidupmu di tempat ini. Dunia disana masih luas menanti"