Monday, November 9, 2009

November

Sebentar tadi, setelah sekian lama, aku log in Myspace. Melihat-lihat inbox aku jika terdapat sebarang makwe cuba menjalinkan hubungan. Bersepah dengan puluhan mesej spam berbentuk lucah serta mesej dari golongan yang bercitara buruk dalam musik, termasuk seorang yang bertanya adakah aku 'Akta Angkasa', aku delete semuanya. Jangan silap, AA adalah antara band favorit aku tapi aku malas nak layan manusia yang tak pernah buat homework. Lagipun mesej itu sudah berumur hampir tiga tahun takkan tiba-tiba aku nak balas, mesti dia pun dah layan Facebook sekarang. Biarlah dia tertipu seumur hidupnya. 

Sedang asyik mendelete, aku terjumpa satu mesej yang bertarikh 3/8/2007 yang tidak berbentuk lucah. Menggunakan akaun 'Zookeeper' yang membuatkan aku terkasima dan segera membacanya. Tanpa diduga ia mesej peribadi dari Chris Simpson himself. Chris fucking Simpson him fucking self! 

Ya mencarut itu berdosa tapi aku seperti tidak percaya menerima mesej dari Chris fucking Simpson him fucking self. Dia adalah salah seorang pujaanku dahulu ketika aku baru mengenal erti puberty. Macam mana aku boleh tak perasan mesej dari Chris disebalik puluhan mesej spam. Kecuaian yang tidak boleh diterima, hampir dua tahun lebih mesej itu tidak diendahkan dan dibalas. Mencarut tak sudah aku sebentar tadi. Nasib baik sempat ingat tuhan.

Kepada generasi muda hasil produk MTV era My Chemical Romances dan Meet Uncle Hussein/Hujan yang hidup dalam kerugian dan tidak pernah mengenal erti kejujuran dan estetika dalam musik, Chris Simpson ialah vokalis dan pemain gitar untuk kugiran tahun 1994 yang diberi nama 'Mineral', kemudian menubuhkan Gloria Record dan akhirnya projek solo beliau Zookeeper. Mineral ialah band indie yang dilabelkan sebagai 'emo', seterusnya merevolusikan genre 'emo' itu sendiri kepada sebuah musik yang lebih kearah melodik dan mellow. 

Mineral bukanlah band terhebat dan tersedap didunia, skill bermain gitar mereka tidaklah sehebat band-band pujaan kamu, tetapi musik mereka menyentuh perasaan kerana setiap lirik dan petikan gitar disampaikan dengan penuh perasaan. Aku tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi aku boleh bezakan musik yang benar-benar jujur dan muzik yang cuba menunjuk-nunjuk dan berlagak seni.

Jika aku ingin menggambarkan musik dan kugiran jenis apakah Mineral itu, ia akan berbunyi seperti ini:

"Kumpulkan empat orang remaja lelaki awal 20-an yang tinggal disebuah bandar atau pekan kecil yang lay-back dan tenang dan charming, pastikan mereka bukan jenis yang popular disekolah, bukan wakil sekolah dalam mana-mana acara sukan, menjalani kehidupan yang biasa bersama keluarga yang tidak begitu sempurna tetapi cukup sempurna dimata mereka, menyimpan kenangan indah bersama manusia-manusia istimewa dan baik hati disekeliling mereka ketika membesar, kawan-kawan zaman kanak-kanak, teman wanita yang dibawa menaiki kereta ketika baru mendapat lesen, berbual di porch rumah melihat bulan dan bintang di waktu malam, mendaki bukit, berlari dipantai, mengejar lori ais-krim,

dan kemudian menifistasikan semuanya dalam lirik-lirik umpama dan seindah puisi, walaupun tanpa simbolik dan metafora dan hyperbola yang kompleks, diiringi petikan gitar paling sedated, paling shimmering, paling melankolik tetapi masih raw dan rok. 

Dan seterusnya tanpa niat dan sengaja, revolusikan musik indie dan emo, hingga tercipta para pengikut tersendiri berstatus cult, walaupun jumlah tidak ramai, tetapi hidup mereka berubah dan disentuh petikan gitar dan lirik yang boleh direlate dan mengimbau kenangan silam setiap manusia, manusia biasa yang mendengarnya.

4 tahun kemudian menjadi agak terkenal dan semakin dewasa dan dunia serta memori indah mereka di bandar dan pekan kecil semakin dihakis tanggungjawab dan kedewasaan hingga hilang segala passion dan sentuhan untuk menghasilkan musik indah yang seikhlas sebelumnya lalu mengambil keputusan untuk berpecah"

That's Mineral. Mineral is Christ Simpson and the rest of the band beautiful childhood memories and about all the pains and nostalgics of growing up. Mineral is like a whole chapters of a novel, a masterpiece, rather than being a band. They stuck in time but beautiful in every sense of it. Itu lah apa yang aku akan tulis jika ada manusia yang mahu tahu apakah musik yang dibawa Mineral secara details. 

Apparently Christ terbaca satu entri khas aku tulis sempena memperingati 11 tahun Mineral berpecah dalam blog lama aku di Myspace (rujuk sini.) , mungkin sebab itu tergerak hatinya menghantar mesej kepada aku, tapi malangnya mesej itu lebih kearah mempromosikan band solo terbarunya Zookeeper. 

Tapi Zookeeper sucks, Gloria Record juga walaupun sudah tiada, tidak pernah dapat menggantikan Mineral, they got too fancy and complicated. Sehingga sekarang belum ada band yang mampu menggantikan Mineral dan menjadi se'indah' mereka. Tidak menurut citarasa aku.

Jadi sekarang aku masih berkira-kira mahu membalas mesej Christ yang berusia hampir dua tahun lebih itu. Terasa seperti mahu menulis surat kepada makwe pula. Aku mahu Christ tahu, walaupun mungkin dia sendiri belum tahu, bertapa musiknya telah mengubah dan menyentuh hidup manusia, manusia seperti aku, dan menjadikan siapa diri aku sekarang. 

Thank you, Mineral. Tak kisahlah apa orang nak kata, I'm just blessed. Bweeeekkkk!

Thursday, November 5, 2009

Gadis Elektrik



         


Legging
masih relevan, by the way, it's the electropop chicks who start wearing them first, it's their uniform you groupie bitches!!

And the heels, ouuuchh yeah baby!!

Asalkan bukan Converse All Star ataupun Crocs dan meminati Hujan serta Yuna.

I want her I want her I want her I want her want her..!!

Is that too much to ask?!!

Wednesday, November 4, 2009

Sassy

Aku ambil baju dari ampaian dengan laju sebab terlambat. Tiba-tiba sebuah hanger terjatuh dan mengenai tali gitar yang bersandar pada dinding. It hit the note C. 

Grreeenngg...!!

Dan at that very moment, time stood still. 

Ia, adalah satu-satunya saat dan perkara paling dramatik sekali berlaku dalam hidup aku setakat ini.

Duh!!

P/S: Masih berhutang ulasan buku Salun Eksotikata dengan Alina. Dan banyak lagi. 

Duh!!

Thursday, October 22, 2009

Hadiah Impian Terbaik Di Dunia



Buku ini ialah buku impian aku. Himpunan kisah dari zine Dishwasher oleh Pete Jordon. Terbitan yang aku tunggu semenjak 11 tahun yang lalu. Sebuah travelog dan biografi paling jujur dan menyentuh hati di dunia tetapi yang paling tidak dihargai dan tidak diketahui kewujudannya (di rantau ini, barangkali). 

Antara penulis punk yang paling aku kagumi dan minat. Siapa yang tak kenal Pete Jordan dan zine Dishwasher hidupnya ibarat sampah. 

Aku dah bagi maklumat ini jadi silalah meneroka sendiri, wahai manusia yang suka disuap. 

Friday, October 9, 2009

KEYBOARD DARI NERAKA 2

TAK GUNA PUNYA KEYBOARD IBOOK G$ BUTTON SHIFT STUCK SEKALI LAGI APA CERITA AKU NAK TULIS ENTRI JIWANG_JIWANG NI KASI MAKWE_MAKWE CAIR KALAU TAIP SEMUA HURUF CAPITOL JE YANG KELUAR??!!!!

AAARRRGGGHHHH KEYBOARD FROM HELL>>>>>!!!!!!!!

AKU TRADE IN DENGAN MESIN RUMPUT KANG BARU KO TAU>>>!!!!!!

Sunday, October 4, 2009

Raya 2009


Ini Naufal Hakim dan Afdlin Afwan anak saudara saya


Ini Arissya, Aflina dan Aisyee anak saudara saya


Aisyee sedang melakukan kerja-kerja kimpalan tanpa permit


Ini Rojie'en anak saudara saya


Ini 'Anak Saudara', kucing saya. 'Anak Saudara' akan tidur beberapa hari didalam rumah untuk mendapatkan rawatan selepas tewas bergaduh dengan kucing jiran. 

Sekian untuk entri Hari Raya terhebat abad ini.

Thursday, October 1, 2009

Page Filler



Boy, ialah seorang juruteknik instrumen. Umurnya baru mencecah 24 tahun. Boy bertubuh agak berisi, namun tidaklah layak dikategorikan sebagai gemuk. Perut Boy boroi. 

Boy selalu datang duduk disebelah aku ketika aku sedang menjaga panel. Kadang-kadang Boy mahu bertanya perihal kerja, berbincang urusan kerja, mendapatkan permit untuk memulakan kerja ataupun berbual soal orang-orang muda. Kadang-kadang Boy hanya datang duduk disebelah aku tanpa berkata apa-apa. Kami hanya memerhatikan skrin DCS dan memantau segala proses loji yang sedang berlaku. Apabila Boy mendapat idea cara untuk menyelesaikan masalah instrumentasi loji barulah Boy akan bersuara.

Kadang-kadang aku bosan menunggu Boy berfikir terlalu lama. Lalu aku isi masa lapang dengan mencucuk perut Boy dengan hujung ariel walkie-talkie. Aku kagum dengan kemampuan Boy untuk memiliki perut seboroi itu dalam usia yang masih muda.

Boy selalunya pasrah sahaja pada perlakuan aku terhadap perutnya sambil mengkaji data-data yang muncul pada skrin DCS. 

Lama lama Boy rasa maruahnya tercabar juga lalu Boy berkata "aku kira sampai tiga kalau kau tak berhenti..." 

Selalunya aku tidak mengendahkan rayuan Boy dan berakhir dengan leher aku dipeluk kasar Boy seperti beruang.